Terima Kasih Sahabat

07 May 2013

867 : 5 Mei 2013...

tanggal 5 Mei 2013 adalah tarikh bersejarah untuk semua rakyat Malaysia kerana berlakunya peristiwa Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13)....

kalu ikutkan ini adalah kali ketiga aku mengundi...aku memang tak sabar nak mengundi...yelah 5 tahun sekali kan...bukan macam hari raya setiap tahun huhu...that why walaupun dah berlalu hampir 2 hari aku tetap nak menulis di dalam blog sebagai kenangan...

kali ini aku mengundi membawa anak Nur Insyirah...kali pertama masa tu solo lagi...kali kedua aku dah kawin tapi aku pergi mengundi dengan kawan baik sebab tempat mengundi aku dan husband lain-lain....dan kali ketiga ini aku membawa anak dan husband...saat-saat dan kenangan yang indah...mungkin kalu umur dah panjang masa tu Nur Insyirah dah 5 tahun...dah pandai berjalan...mesti best kan...sekarang ini Nur Insyirah dok atas dukung ayahnya dan melihat je orang yang ramai...


aku mengundi di Sekaolah Menengah Taman Setapak Indah untuk Parlimen Wangsa Maju (P116)...masa PRU lepas aku mengundi di Sekolah Menengah Taman Melati tapi kali ini dah bertukar tempat....

masa masuk je sekolah tu memang punya la ramai manusia coz masa tu dalam pukul 10 pagi...dengan kesesakan jalan raya...nak mencari parking lagi...tapi alhamdulilah Allah permudahkan segalanya....masa aku sampai tu ada plak parking....tapi berjalan jugakla....


aku mengundi di saluran 7 dan ketika aku sampai kat sekolah tu, hanya satu tangga sahaja yang dibuka untuk naik ke semua saluran....aku pun tak tahu kenapa SPR perlu buat cam gitu...tiba-tiba je aku dengar ada sorang lelaki menjerit dan mengamuk...yelah orang ramai datang nak mengundi pastu kena beratur kat satu tangga...dah la cuaca panas....marah la orang yang bersemangat nak pergi mengundi ni...huhu....

tak lama pastu baru la SPR buka tangga lain untuk ke saluran lain....nasib baik la kalu tak mana nak beratur nak naik tangga, mana nak beratur kat saluran....yang pasti kat saluran 7, aku perlu beratur hampir satu jam...kat saluran lain pun sama gak kena beratur...cuma kat saluran 8 dan 9 sahaja orang nye kurang...tapi disebabkan semangat aku berdiri di dalam kepanasan haha....


risau gak kalu Nur Insyirah menangis, tapi alhamdulilah Nur Insyirah berkelakuan baik sahaja...maybe Nur Insyirah faham yang ibunya nak menunaikan tanggungjwab sebagai seorang rakyat Malaysia hehe....


masa aku beratur tu, memang aku tweet je la....kalu tak memang bosan giler la sambil beratur tanpa buat apa-apa...nasib baikla ada twitter....masa tu semua orang pos pasal PRU....lagi nak dekat giliran aku lagi berdebar-debar huhu...dah macam nak jawab exam atau interview keja je...haha...macam-macam kan....


sampai giliran aku tak sampai 2 minit dah keluar dari bilik saluran 7 tu...tapi berdiri hampir 1 jam...yang pasti aku lega dan seronok kerana sudah dapat menunaikan tanggungjawab dan hak bersuara....hehe....

pas aku dah menunaikan tanggungjawab aku, giliran my hubby plak kat Sekolah Rendah Taman Setiawangsa untuk Parlimen Setiawangsa....yang pasti aku dan Nur Insyirah tak ikut my hubby....kami berdua melepak kat umah mak mertua...kesian plak nak bawa Nur Insyirah tengah kepanasan tu....

yang pasti aku dah menunaikan tanggungjawab aku sebagai rakyat Malaysia...aku dapat menunaikan hak bersuara dan memilih pilihan aku....untuk Parlimen Wangsa Maju dimenangi oleh PKR dan untuk Parlimen Setiawangsa dimenangi oleh BN....yang pasti sapa pun yang menang, wakil rakyat tersebut perlu menunaikan tanggungjawab mereka plak...aku berharap Malaysia akan terus aman sejahtera tanpa persengketaan atau peperangan....

1 comment:

Anonymous said...

They are priced all via $a hundred and as a result seventy.
00. As an alternative of obtaining the baby one thing, as
well as get the mother-to-be a present. An would not will want
to go previously the roof together with examine it to produce
no reason. Virgos can remain excellent husband and wives.
http://twooz.info/index.php?do=/blog/6208/how-to-choose-most-of-the-right-tiffany-rug-for-your-your-own-house/