Terima Kasih Sahabat

15 May 2013

870 : Sambutan Hari Ibu...

alhamdulilah buat pertama kalinya tahun ini aku dapat menyambut hari Ibu seperti ibu-ibu yang lain setelah aku berkahwin 8 tahun....baru aku rasa keterujaan dan betapa bertuahnya menjadi seorang ibu....

selalunya aku hanya wish pada mak, mak mertua, my twin dan kawan-kawan yang telah bergelar ibu...namun tahun ini aku juga dapat merasa menjadi sorang ibu....tahun lepas, pada sambutan hari ibu, aku tengah sarat mengandung...masa tu baru menjadi pra ibu haha...


takde apa yang special pada sambutan hari ibu, cuma my husband telah menemani aku dan Nur Insyirah untuk bershopping di Sogo....memang best dapat shopping dan berjalan dengan family tersayang...walaupun sekejap dan cuaca panas, tapi aku dapat jugak membeli barang yang aku inginkan...alhamdulilah....


lepas balik dari Sogo, aku, my hubby dan Nur Insyirah pergi ke rumah mak mertua aku....my hubby belanja makan sate kajang samuri...


selepas tu, malam kami menyambutnya pulak di rumah mak aku....aku telah belanja makan KFC dan adik-adik aku plak beli kek sempena hari ibu....dan buat pertama kalinya my twin wish pada aku...selama ini aku yang wish pada dia...rasa nak menitik air mata ini...rasa sedih dan syahdu je huhu...

rasa macam tak percaya je aku dah bergelar seorang ibu hampir setahun...sekejap sahaja rasanya....tahun lepas mengandung, bersalin dan tahun ini Nur Insyirah akan menyambut hari lahirnya yang pertama...macam tidak percaya namun itu la kenyataanya....rasa sekejap sahaja Nur Insyirah dah besar....dari telentang dan sekarang ini dah pandai  bertatih...cuma belum lepas tangan nak berjalan saja...mungkin lagi beberapa bulan akan mula berlari....sekejap sahaja masa berjalan dan berputar....

hari-hari adalah hari Ibu sebenarnya....bagi aku setiap masa kita perlu menghargai jasa dan pengorbanan seorang ibu....jasa mereka yang tidak terbalas walaupun dengan harta setinggi gunung...aku terlalu sayang mak...jasanya tidak terbalas oleh aku sampai bila-bila...tambahan plak sekarang ini mak pula yang menjaga dan mendidik Nur Insyirah...lagi banyak jasanya terhadap aku dan hubby....moga mak dan mak mertua aku akan sentiasa sihat, ceria dan bahagia selama-lamanya....

No comments: