Terima Kasih Sahabat

16 May 2013

871 : 8 tahun sudah...

16 Mei 2005 adalah hari pertama aku melaporkan diri sebagai penjawat awam di SPA...dan tarikh Mei 2005 ini juga hari pertama aku melaporkan diri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)....

16 Mei 2013, sudah 8 tahun aku berkhidmat sebagai penjawat awam di Kementerian yang sama....macam tak percaya...sekejap sahaja sudah 8 tahun aku bekerja di sini...

pelbagai dugaan, rintangan, pahit dan manis bekerja di sini....pengalaman mengajar aku menjadi seorang yang lebih dewasa dan matang....pengalaman mengajar aku mengenal erti susah payah mencari sesuap nasi dan rezeki yang halal....pengalaman mengajar aku erti tanggungjawab, intergriti, amanah dan kejujuran dalam melakukan kerja....pengalaman juga mengajar aku untuk mengenal sikap seseorang kawan yang bekerja di sekeliling aku....

sepanjang 8 tahun aku bekerja di sini sudah banyak perubahan yang berlaku....sudah 3 kali berpindah tempat...dari Jalan Dato' Onn ke Sime Darby dan sekarang bermaustatin di Putrajaya.....

sepanjang 8 tahun ini juga sudah 2 big boss yang bertukar dan sudah 6 bos Ketua Unit aku yang bertukar/berganti....pelbagai ragam dan macam perangai boss yang harus aku fahami....setiap boss ada sikap dan perangainya masing-masing....kita perlu tahu sikap mereka agar semua kerja yang diarahkan menjadi lancar.....

alhamdulilah, di sini juga aku pernah mengecapi sebagai anugerah pekerja cemerlang setelah 5 tahun berkhidmat di sini.... kenangan yang tidak dapat dilupakan....aku pun tak sangka aku akan dapat anugerah tersebut....

kalu ikutkan tak sabar ye nak naik pangkat dan bertukar ke mana-mana Kementerian/Jabatan lain...bukan tak suka dekat sini tapi aku memerlukan pengalaman lain...pengalaman baru dengan pekerjaan lain, kekawan baru dan kawasan sekeliling yang baru....

kekadang masa tengah tensen dengan kerja dan kekawan masa tu juga nak minta tukar....tapi kalu masa tengah relax aku rasa selesa je dok keja kat sini sampai bila-bila...itu la manusia kan...cepat berubah fikiran dan moodnya....

moga aku terus sukses untuk bekerja....moga aku diberikan kesabaran, ketabahan dan ketenangan untuk melakukan semua keja yang diamanahkan pada aku...insya'allah semoga aku dapat melakukan yang terbaik dalam diri aku...

No comments: