Terima Kasih Sahabat

22 May 2013

873 : Toys 'R' Us...

ahad lepas, my hubby telah mengofferkan aku ke iKea...macam percaya tak caya je...tapi itu la kenyataannya...macam orang mengantuk disorongkan bantal, memang confirm la aku nak pergi...dah lama tak terjah ke sana....tak salah last pergi masa aku mengandungkan Nur Insyirah...hampir setahun setengah....


kebetulan memang aku ada misi nak beli barang mainan untuk Nur Insyirah...sian kat anak ibu asyik main mainan yang sama je...mainan yang Nur Insyirah suka main adalah botol air mineral...kekadang tu berebut dengan sepupunya tu...sabar jelah kan...

bear pilihan Nur Insyirah...sayang bear....


aku ada target nak belikan Nur Insyirah barang mainan yang memerlukan fikiran atau logik...nak soh Nur Insyirah berfikir dan menambah pengalamannya semasa bermain...sabar je la kan...tapi aku nak Nur Insyirah menggunakan otak kanan dan otak kirinya semasa bermain...bukan main saje gitu je...sabar jelah kan hehe...

aku ajak my hubby ke Toys 'R' Us di IPC....baru first time sebenarnya aku masuk...sebelum ini hanya lalu sahaja...almaklumla tempat mainan yang 'agak' mahal harganya....tapi disebabkan anak tersayang aku masuk gak...

memang pelbagai mainan yang terdapat di sini...dari pelbagai peringkat umur....pastu semuanya boleh dicuba...kalu ada duit semua mainan nak dibelikan....aku dah jumpa barang yang aku target nak beli....

yang my hubby sibuk soh belikan xylophone untuk Nur Insyirah...alasannya coz Nur Insyirah suka ketuk-ketuk dan sukakan bunyian....kalu ikutkan hati, aku nak belikan Nur Insyirah bear...tapi adik aku kata tak elok belikan baby bear sehingga umur 3 tahun...katanya berbulu dan boleh mengakibatkan asma...huhu...sian anak ibu...padahal Nur Insyirah minat satu anak patung ini...warna hijau iaitu Carebear....aku juga terpikat....comel je...nati akan aku belikan untuk Nur Insyirah...maybe next month untuk hadiah present besday Nur Insyirah...insya'allah....

barang mainan yang dibeli...

alhamdulilah dapat juga aku belikan Nur Insyirah mainan seperti yang diinginkan...aku beli xylophone, kiub dan mix and match...hope dapatlah Nur Insyirah memberangsangkan otaknya apabila bermain kiub dan mix dan match tu...


sonok nengok Nur Insyirah main hehe...

seronok je aku tengok bila Nur Insyirah bermain...Nur Insyirah cuba untuk berfikir bagaimana untuk bermain dengan permainan baru tersebut...tapi yang pasti Nur Insyirah ni cepat bosan bila bermain...Nur Insyirah akan sepahkan semua mainan yang ada di depannya...sabar jelah anak ibu....layan je lah asal Nur Insyirah dapat manfaat bermain dengan permainan yang ibu dan ayah belikan....

2 comments:

Anonymous said...

Screen display aids in reforming a style after the camcorder is quite close
soil. There will probably be times when everybody this tie will
be a new great long lost relic of history.
Moreover good patron,Louis Vuitton Bags you will not
scramble this particular promptly. Superb and I am with the fear they
should do well! http://www.24hrlife.com/profile.php?ID=71472

Anonymous said...

Only might possibly that to be just merely another new popular music instrument.
One more varying types will find yourself not one but two sick.
celine bags However, you will get 2 models
regarding novelties. Ohio, and also On the planet ? The
Push Obtained features short occasion incidents. http://forum.
bachluyen.com/entry.php?1667-Celine-Bags-Include-Loosely