Terima Kasih Sahabat

27 June 2013

879 : Sambutan Besday...


alhamdulilah dapat juga aku buat sambutan majlis besday Nur Insyirah setahun walaupun hanya family tersayang sahaja....teruja aku dan husband nak tengok Nur Insyirah potong kek...ibu dan ayah yang over padahal besday girl tak tahu apa-apa pun....

sengeh sakan Nur Insyirah...

almaklumla first time sambut besday anak tersayang kan....keterujaan tu yang jadi over sikit hehe....apa-apa pun Selamat Hari Lahir Nur Insyirah....

comey ye anak ibu....

suka tengok Nur Insyirah pakai gaun putih ni...comel je yang dibeli oleh opahnya...bak kata husband aku macam princess....huhu...sapa lagi nak puji cantik atau comel kan kalu bukan ayah dan ibu sendiri...

besday girl...Nur Insyirah...

aku beli kek di online iaitu di Inabu's Bakery berperisa tiramisu....baru first time aku membelinya...terima kasih ina...kerana mengambil tempahan juga walaupun baru balik berkursus....dan aku juga membeli kfc untuk makan bersama famliy tersayang...alhamdulilah....

bersama ayah tersayang...

yang kelakarnya bila je dah abis potong kek, besday girl mengamuk nak tido huhu....nak bergambar lagi pun memang tak boleh...sabar je la anak ibu....lepas je menyusu terus masuk buai dan tido sehingga pagi....
tak sabar nak potong kek...

24 June 2013

878 : Selamat Hari Lahir Sayang...

24 Jun 2013 genap 365 hari atau setahun Nur Insyirah dilahirkan ke dunia...tanpa disedari Nur Insyirah dari usia sehari hingga ke 365 hari telah menempuh alam pancaroba di muka bumi ini....


dari hanya terlentang hingga pandai berjalan....
dari hanya memandang sahaja namun kini pandai berinteraksi dengan sesiapa sahaja....
dari terlentang, ke meniarap, merangkak, duduk, berdiri, bertatih dan kini sudah pandai berjalan...alhamdulilah ibu dan ayah besyukur Nur Insyirah dapat membuat segalanya tanpa rasa putus asa....
kini Nur Insyirah juga sudah pandai menyebut perkataan 'Nak'.....rasa makin besar anak ibu....


ibu rasa bersyukur sesangat pada Allah kerana minum susu ibu sejak dari hari pertama lahir sehingga kini...ibu berharap akan dapat menyusu kan Nur Insyirah sehingga ke 2 tahun...moga ada rezki Nur Insyirah yang Allah berikan....moga Nur Insyirah akan menjadi anak yang sihat dan mendapat rahmat di setiap titisan susu yang ibu berikan....


Alhamdulilah ibu dan ayah dapat melihat Nur Insyirah membesar di hadapan mata kami...setiap apa yang Nur Insyirah lakukan ibu dan ayah akan teruja melihatnya....setiap apa yang Nur Insyirah lakukan, ibu dan ayah akan memberi semangat agar Nur Insyirah tidak cepat berputus asa tapi bersemangat untuk melakukannya....

  • 1 bulan - sudah pandai senyum...
  • 2 bulan - pandai mengangkat kepala...
  • 2.5 bulan - sudah pandai mengiring badan
  • 3 bulan - sudah pandai meniarap...
  • 5 bulan - sudah pandai angkat lutut....
  • 6.5 bulan - sudah pandai merangkak...
  • 7 bulan - gigi pertama sudah memunculkan diri...
  • 8 bulan - sudah pandai berdiri...
  • 9.5 bulan - sudah pandai meniti dari satu tempat ke tempat...
  • 10.5 bulan - sudah pandai berdiri tanpa sokongan...
  • 11 bulan - sudah pandai melangkah 2, 3 langkah...
  • 11.5 bulan - sudah pandai bertatih...

antara kenangan ibu dan ayah tidak dapat lupakan, pada umur 9 bulan, Nur Insyirah telah dimasukkan ke wad Pediatrik HKL kerana demam panas hampir 3 minggu...ibu rasa sedih sangat bila melihat Nur Insyirah tiada selera makan, tiada mood nak main dan hanya merengek sahaja....Nur Insyirah dimasukkan ke wad 4 hari 3 malam...ibu dan ayah sentiasa menemani Nur Insyirah sepanjang masa....kita bersama-sama tido di hospital...ketika itu ibu berdoa sangat yang Nur Insyirah akan cepat sembuh....


ibu dan ayah berharap Nur Insyirah akan menjadi seorang anak yang solehah, mendengar kata ibu, ayah, opah dan atok, menjadi anak yang aktif, ceria dan gembira....menjadi seorang anak yang mengembirakan hati ibu/ayah, tidak berputus asa dan bersemangat waja insya'allah....


selamat hari lahir Nur Insyirah Hasrinor Hairi.....ibu dan ayah sentiasa sayang Nur Insyirah....Nur Insyirah adalah anak kesayangan ibu dan ayah...

18 June 2013

877 : 7 hari lagi....

7 hari lagi Nur Insyirah akan berusia setahun atau dalam erti kata lain berusia 365 hari....rasa sekejap sahaja masa berlalu...

setahun yang lepas, pada tanggal ini iaitu 18 Jun 2012 aku dah mula bercuti dari kerja...coz ketika itu aku dah mula rasa mengah, tak larat dan kemalasan nak pergi keja sudah ada...dan ketika itu juga takut kalau-kalau aku sakit nak bersalin di pejabat....

walaupun amik cuti awal tapi bersalinnya pada 24 Jun 2012....4 hari aku duduk bertapa di wad sebelum bersalin...sampai bosan la dok kat wad...tengok orang lain yang masuk wad semuanya dah bersalin...aku juga la menjadi penunggu setia di wad 4B HKL....tapi itu semuanya menjadi kenangan dan pengalaman bagi aku....


kini, aku mengira waktu Nur Insyirah berusia setahun....setahun lepas menghitung hari nak bersalin...hehe macam-macam kan....tapi itu la keterujaan aku ketika ini...tambahan plak, Nur Insyirah dah mula melangkah di saat umurnya baru berusia 11 bulan....lagi la seronok aku melihat Nur Insyirah berjalan dan melangkah macam penguin hehe...anak ibu yang tak pernah berputus asa...walaupun jatuh, Nur Insyirah akan tetap bangun melangkah...walaupun sakit punggung kerana terhentak jatuh, namun Nur Insyirah membuktikan dia mampu melangkah....alhamdulilah....

agaknya masa potong kek nati Nur Insyirah dah boleh berdiri tegak tanpa sokongan....lagi 7 hari aku nak menunggu saat itu....moga anak ibu akan membesar dengan sihat, ceria, aktif dan bersemangat waja untuk menempuh alam yang penuh pancaroba ini...insya'allah...

11 June 2013

876 : telatah Nur Insyirah..

kali ini nak update telatah dan tingkah laku terkini puteri tersayang...makin hari makin aktif dan makin ada aja perkara baru yang Nur Insyirah belajar....


Nur Insyirah ni suka sangat dok kat tempat pemandu...aku rasa bukan Nur Insyirah sahaja tapi semua budak suka sangat dok kat tempat pemandu...kononnya diaorang boleh berimaginasi boleh bawa kereta agaknya....


kalu aku letak Nur Insyirah di tempat pemandu ini macam-macam gaya dan aksi yang dia akan lakukan....Nur Insyirah akan beraksi seumpama dia memandu...dan yang pastinya Nur Insyirah akan makan dan hisap stereng kereta...sabar je la anak ibu sorang ini...


Nur Insyirah akan tersenyum ceria dan gembira apabila di letakkan di tempat pemandu tu...walaupun ketika tu Nur Insyirah sedang menangis...tapi yang hangin tu, kalu Nur Insyirah tak puas berdiri di tempat pemandu Nur Insyirah akan menangis...memang sabar je lah...


lagi satu perangai Nur Insyirah ni kalu dok dalam kereta takmo dok atas pangku ibunya...Nur Insyirah suka turun duduk di bawah dan berdiri di bawah...dan acara punggah di dashboard akan bermula...Nur Insyirah akan bagi semua kertas yang dia nampak, coz Nur Insyirah tahu ibunya akan amik semua kertas dari tangannya....tapi kalu benda lain selain kertas, Nur Insyirah akan masuk dalam mulut...semua benda dia ingat benda makanan...memang bahaya sungguh la Nur Insyirah ni....


kalu dok dalam kereta tak mau dok diam...kita tunjuk je la apa sahaja kat luar confirm pandang sekejap pastu Nur Insyirah akan buat kerjanya semula...Nur Insyirah akan senyap bila dia menyusu je....

tu baru aksi dalam kereta, kalu kat tempat lain tu dah macam-macam gaya yang Nur Insyirah lakukan....makin lama makin aktif...alhamdulilah...Nur Insyirah dah mula melangkah banyak tapak...insya'allah Nur Insyirah akan melangkah dengan tegap masa berusia setahun...lagi 2 minggu Nur Insyirah akan berusia setahun...rasa sekejap sahaja masa berlalu...

875 : Kenanga Wholesale City (KWC)...

Ahad lepas aku, my hubby dan Nur Insyirah gi menerjah ke Kenangan Wholesale City (KWC) yang terletak di Jalan Gelugor....selama ini aku asyik dengar orang bercerita saje, hati membuak-buak nak tahu apa la yang ada kat situ....katanya tempat jualan borong....sebelum ini aku pernah gi ke GM Plaza di Chow Kit dan di Klang...

KWC ini terletak di belakang Balai Bomba Jalan Hang Tuah, berdekatan dengan Flat Sri Selangor atau dikenali sebagai Flat Sampin kalu tak salah aku....yang pasti, tempat ini memang sesak la....nak menuju ke KWC memang banyak kedai borong untuk semua barang...kalu nak jalan kat situ memang kena datang dari awal la....tapi tujuan aku nak tau apa yang ada di KWC, aku just terus ke bangunan KWC.....bangunan KWC ini boleh nampak dari Jalan Hang Tuah...berwarna kelabu asap gitu, dan bentuk bangunannya pelik...



nak naik ke parking saje, memang kena pusing dari bawah hingga ke level 8 baru la nampak tempat parking...tapi yang pasti penuh...aku naik sampai ke tingkat 11...berpinar biji mata dan kepala nak mencari parking....tak salah aku tempat parkingnya sampai tingkat 12...bangunan KWC ini ada 17 tingkat...

macam shopping complex lain, tapi di KWC semuanya menjual pakaian, handbeg, dan macam-macam lagi barang....bagi aku tempat borong yang selesa untuk mensurvey barang....aku sempat terjah dari level G hingga level 5 sahaja...tak larat nak naik lagi coz bawa Nur Insyirah...sian kat Nur Insyirah kena dok dalam baby carrier...siap tido lena lagi masa ibu jalan-jalan...

kat KWC ini boleh beli dengan bilangan yang sedikit iaitu sehelai tapi dengan harga yang lain la...kalu lebih dari 3 baru la boleh dapat harga borong...takdelah sebelum ini kalu gi kedai borong lain, confirm kena amik lebih dari 3 huhu....lagi satu kita boleh campur-campur tapi dengan harga yang sama la....memang best la kalu gi sini....majoriti fesyen bajunya yang terkini...kalu ikutkan semuanya nak belikan...tapi bajet tak bape nak ada, hanya aku dan Nur Insyirah je yang ada habuan...tak sempat nak belikan untuk my hubby...maybe next time kita boleh gi lagi ye....

aku kuar dari KWC ini masa tu dah hampir pukul 7.45pm...memang beratur la nak turun dari parking hingga ke bawah kerana kesesakan....kat KWC ini semua kedainya beroperasi dari 10 pagi hingga 8pm...bukan macam shopping complex lain sampai pukul 10pm....

KWC ini berhawa dingin...susunan kedainya juga teratur sahaja....pastu semua baju-baju yang di peraga kan memang macam shopping complex lain la tak seperti kedai borong yang lain la...memang nak memilih tu senang dan kita boleh cuba juga...tapi ada gak yg tak boleh cuba kalu kedai tu nak abiskan stok....

kira KWC ini memang bole pergi lagi la untuk beli baju-baju...kalu sesapa yang nak meniaga tempat ini memang bole dijadikan pilihan...

thanks to my hubby kerana sudi bawa ke sana....nati kita gi terjah lagi untuk shopping raya plak hehe...


04 June 2013

874 : dah mula melangkah...

alhamdulilah...Nur Insyirah dah mula berdiri sendiri dan melangkah 4, 5 langkah sebelum terjatuh....



aku suka sangat tengok semangat yang ada dalam diri Nur Insyirah...sikap yang tidak pernah putus asa, rajin dan aktif....bila Insyirah dah dapat something, Insyirah akan cuba selagi boleh...kekadang tu sampai dalam tido pun Insyirah boleh bangun untuk buat benda yang telah dia dapat....


aku ingat masa dia mula-mula nak belajar berdiri lepas tangan....masa tu tengah malam, nak menyusu....Insyirah boleh bangun dan berdiri sambil lepas tangan...dua kali Insyirah buat pastu menyusu dan tido...memang lawak sangat....sampai termimpi-mimpi nak buat kerja....

opahnya kata Insyirah akan berjalan bila dah setahun...insya'allah moga 24 Jun ni Nur Insyirah...tak sabar nak tengok Nur Insyirah boleh berjalan sendiri...tapi yang pasti aku rindu di saat-saat Nur Insyirah masih baby....rasa sekejap je Nur Insyirah dah setahun....

Nur Insyirah juga dah pandai sebut perkataan ayah, nen dan beberapa perkataan lain...cuma sebutan ibu je Nur Insyirah belum boleh sebut...bila la agaknya Nur Insyirah akan mula sebut ye...mesti masa tu aku akan teruja sesangat huhu....

macam-macam perasaan bila melihat anak membesar di depan mata....ada sahaja benda-benda baharu yang dia belajar tanpa kita sedari....yang pasti bila dengar lagu, memang bergoyang saje la badan Nur Insyirah...dan paling latest sekali Nur Insyirah suka tengok iklan....bila tengok iklan tu macam dia faham aje apa iklan tu tayangkan....bila iklan tu tunjuk makanan confirm mulanya akan berbunyi 'mam,mam"....sabar jelah anak ibu....