Terima Kasih Sahabat

04 June 2013

874 : dah mula melangkah...

alhamdulilah...Nur Insyirah dah mula berdiri sendiri dan melangkah 4, 5 langkah sebelum terjatuh....



aku suka sangat tengok semangat yang ada dalam diri Nur Insyirah...sikap yang tidak pernah putus asa, rajin dan aktif....bila Insyirah dah dapat something, Insyirah akan cuba selagi boleh...kekadang tu sampai dalam tido pun Insyirah boleh bangun untuk buat benda yang telah dia dapat....


aku ingat masa dia mula-mula nak belajar berdiri lepas tangan....masa tu tengah malam, nak menyusu....Insyirah boleh bangun dan berdiri sambil lepas tangan...dua kali Insyirah buat pastu menyusu dan tido...memang lawak sangat....sampai termimpi-mimpi nak buat kerja....

opahnya kata Insyirah akan berjalan bila dah setahun...insya'allah moga 24 Jun ni Nur Insyirah...tak sabar nak tengok Nur Insyirah boleh berjalan sendiri...tapi yang pasti aku rindu di saat-saat Nur Insyirah masih baby....rasa sekejap je Nur Insyirah dah setahun....

Nur Insyirah juga dah pandai sebut perkataan ayah, nen dan beberapa perkataan lain...cuma sebutan ibu je Nur Insyirah belum boleh sebut...bila la agaknya Nur Insyirah akan mula sebut ye...mesti masa tu aku akan teruja sesangat huhu....

macam-macam perasaan bila melihat anak membesar di depan mata....ada sahaja benda-benda baharu yang dia belajar tanpa kita sedari....yang pasti bila dengar lagu, memang bergoyang saje la badan Nur Insyirah...dan paling latest sekali Nur Insyirah suka tengok iklan....bila tengok iklan tu macam dia faham aje apa iklan tu tayangkan....bila iklan tu tunjuk makanan confirm mulanya akan berbunyi 'mam,mam"....sabar jelah anak ibu....

1 comment:

MR Penyubiru said...

nanti dah pandai berjalan,mesti tak larat nak kepung dia..nak dukung pun tak mau,nak jalan sendiri..