Terima Kasih Sahabat

11 June 2013

876 : telatah Nur Insyirah..

kali ini nak update telatah dan tingkah laku terkini puteri tersayang...makin hari makin aktif dan makin ada aja perkara baru yang Nur Insyirah belajar....


Nur Insyirah ni suka sangat dok kat tempat pemandu...aku rasa bukan Nur Insyirah sahaja tapi semua budak suka sangat dok kat tempat pemandu...kononnya diaorang boleh berimaginasi boleh bawa kereta agaknya....


kalu aku letak Nur Insyirah di tempat pemandu ini macam-macam gaya dan aksi yang dia akan lakukan....Nur Insyirah akan beraksi seumpama dia memandu...dan yang pastinya Nur Insyirah akan makan dan hisap stereng kereta...sabar je la anak ibu sorang ini...


Nur Insyirah akan tersenyum ceria dan gembira apabila di letakkan di tempat pemandu tu...walaupun ketika tu Nur Insyirah sedang menangis...tapi yang hangin tu, kalu Nur Insyirah tak puas berdiri di tempat pemandu Nur Insyirah akan menangis...memang sabar je lah...


lagi satu perangai Nur Insyirah ni kalu dok dalam kereta takmo dok atas pangku ibunya...Nur Insyirah suka turun duduk di bawah dan berdiri di bawah...dan acara punggah di dashboard akan bermula...Nur Insyirah akan bagi semua kertas yang dia nampak, coz Nur Insyirah tahu ibunya akan amik semua kertas dari tangannya....tapi kalu benda lain selain kertas, Nur Insyirah akan masuk dalam mulut...semua benda dia ingat benda makanan...memang bahaya sungguh la Nur Insyirah ni....


kalu dok dalam kereta tak mau dok diam...kita tunjuk je la apa sahaja kat luar confirm pandang sekejap pastu Nur Insyirah akan buat kerjanya semula...Nur Insyirah akan senyap bila dia menyusu je....

tu baru aksi dalam kereta, kalu kat tempat lain tu dah macam-macam gaya yang Nur Insyirah lakukan....makin lama makin aktif...alhamdulilah...Nur Insyirah dah mula melangkah banyak tapak...insya'allah Nur Insyirah akan melangkah dengan tegap masa berusia setahun...lagi 2 minggu Nur Insyirah akan berusia setahun...rasa sekejap sahaja masa berlalu...

1 comment:

Anonymous said...

The site will make your corporation look slim and elegant.
Each stone turned out to be then ground then polished by machine, resulting in some
brilliant glass stone backsplashes. Much much less colognes are available in
drug and low priced stores. The top notes may develop
into floral, earthy, musky, grassy, or citrus-based.
http://happyboo.com/userinfo.php?uid=2186