Terima Kasih Sahabat

18 June 2013

877 : 7 hari lagi....

7 hari lagi Nur Insyirah akan berusia setahun atau dalam erti kata lain berusia 365 hari....rasa sekejap sahaja masa berlalu...

setahun yang lepas, pada tanggal ini iaitu 18 Jun 2012 aku dah mula bercuti dari kerja...coz ketika itu aku dah mula rasa mengah, tak larat dan kemalasan nak pergi keja sudah ada...dan ketika itu juga takut kalau-kalau aku sakit nak bersalin di pejabat....

walaupun amik cuti awal tapi bersalinnya pada 24 Jun 2012....4 hari aku duduk bertapa di wad sebelum bersalin...sampai bosan la dok kat wad...tengok orang lain yang masuk wad semuanya dah bersalin...aku juga la menjadi penunggu setia di wad 4B HKL....tapi itu semuanya menjadi kenangan dan pengalaman bagi aku....


kini, aku mengira waktu Nur Insyirah berusia setahun....setahun lepas menghitung hari nak bersalin...hehe macam-macam kan....tapi itu la keterujaan aku ketika ini...tambahan plak, Nur Insyirah dah mula melangkah di saat umurnya baru berusia 11 bulan....lagi la seronok aku melihat Nur Insyirah berjalan dan melangkah macam penguin hehe...anak ibu yang tak pernah berputus asa...walaupun jatuh, Nur Insyirah akan tetap bangun melangkah...walaupun sakit punggung kerana terhentak jatuh, namun Nur Insyirah membuktikan dia mampu melangkah....alhamdulilah....

agaknya masa potong kek nati Nur Insyirah dah boleh berdiri tegak tanpa sokongan....lagi 7 hari aku nak menunggu saat itu....moga anak ibu akan membesar dengan sihat, ceria, aktif dan bersemangat waja untuk menempuh alam yang penuh pancaroba ini...insya'allah...

No comments: