Terima Kasih Sahabat

31 July 2013

884 : mood raya...

hari ni dah 22 Ramadhan 1424H...kemungkinan lagi 7 atau 8 hari lagi je umat Islam akan menyambut hari raya....

yang pastinya, aku datang opis dah jadi lemau...dah jadi macam biskut yang masuk angin je....mood raya sudah ada....nak buat kerja pun agak ala-ala je kan....mood raye sudah datang dan cuti saje yang difikirkan....

pasang radio pun asyik lagu raye je.....kat FB, twitter kat mana sahaja semuanya cerita persiapan hari raya....lagi la semangat nak beraya tu membuak-buak...aku ini mengalahkan anak buah aku je nak sambut raya....padahal raya kat KL je pun...bukannya balik kampung pun huhu...tapi semangat raya tu perlu ada kan haha....

walaupun raya kat mana pun, tapi aku excited lebih kerana anak aku Nur Insyirah akan memakai baju kurung....dan dah pandai salam semua orang....lagi best dan bermakna la beraya dengan anak...tahun lepas Nur Insyirah baru berumur 2 bulan....yang tidak tahu apa-apa.....walaupun baru setahun, yang pasti aku nak Nur Insyirah gembire masa hari raya ni hehe....tak sabar nak pakaikan Nur Insyirah baju baju, kasut baru dan semuanya yang baru-baru tu la hehe....ibu plak lagi over dari anak kan....haha....layan kan jelah mood ni....


sabtu lepas bawa Nur Insyirah gi shopping sekali lagi di Aeon Setiawangsa....Nur Insyirah nampak budak lain main belon, terus dia kata 'nak'....mana la nak cari belon kat shopping complex tu...aku dan hubby wat tak layan je tapi Nur Insyirah mengamuk....satu Aeon tu dengar suara Nur Insyirah....semua orang memandang ke arah kami....sabar je lah kan....penangan budak nak belon.....

apa lagi, kami terus pergi kaunter bayaran dan bayar walaupun ada je benda nak ditengok lagi...tak larat nak dengar suara Nur Insyirah yang nyaring tu....nasib baik la my hubby dapat juga cari belon untuk Nur Insyirah baru la Nur Insyirah tersenyum...tapi masa tu mood nak shopping dah hilang huhu....apa lagi balik je la....

22 July 2013

883 : shopping raya...

memang benar orang katakan, bila dah ada anak ni, confirm akan dahulukan barang-barang anak sebelum barang ibu dan ayahnya....

begitu juga yang berlaku pada aku dan hubby....almaklumla tahun ni baru la dikira beraya dengan anak untuk tahun kedua...tahun lepas walaupun ada dah ada anak tapi beraya ye ala kadar coz semua semua baju raya adalah sama dengan preparation terima baby baru...

oleh itu, hujung minggu yang lalu aku dan hubby pergi shopping raya untuk anak terrsayang iaitu Nur Insyirah...kami pergi shopping di Jaya Jusco Taman Equine Sri Kembangan....perginya lepas berbuka...almaklumla dah ada anak ni, agak susah nak berbuka kat luar....nati nasi ntah ke mana, berbuka ntah ke mana nak layan si kecik tu....baik berbuka dan solat maghrib dahulu di rumah...lebih selesa dan tidak terkocoh-kocoh....

tapi yang susahnya bila kuar shopping lepas berbuka, keburukannya adalah anak cepat mengamuk di pasar raya coz kepenatan dan sudah mengantuk....

masa mula-mula sampai Jaya Jusco tu, Nur Insyirah behave je dok dalam troli...semua orang dia tegur, almaklumla Nur Insyirah ni peramah tak kira dengan tempat huhu...bila letak troli kat timbunan baju-baju, abis ditariknya baju-baju tu...sabar je lah anak ibu...nasib baik la promoter jenis cool je....kalu tak naya je kan....

gaun, jeans, baju tidur, kasut dan stokin semuanya dah dicari....masa nak cari tshirt si Nur Insyirah dia dah mula nak menunjukkan suaranya yang tinggi....aku soh hubby gi round cari tshirt dia coz masa tu aku nak gi nursing room untuk menyusukan Nur Insyirah....masa di nursing room, Nur Insyirah dah menunjukkan tanda-tanda nak tido....aku cakap dengan Nur Insyirah jangan tido dulu coz baju ayah masih belum dicari....alhamdulilah Nur Insyirah tak jadi nak tido, dia senyum pada aku....

sambung shopping, masukkan balik Nur Insyirah dalam troli...tapi hanya bertahan 15 minit sahaja, Nur Insyirah mula meninggikan suara kembali...apa lagi, hubby amik je tshirt yang ada depan mata tanpa nak survey yang lain....pergi bayar dan terus balik....masuk je dalam kereta, Nur Insyirah terus tido sehingga bangun sahur....

walau apa keadaan pun, anak perlu diutamakan....masa menyusu, masa makan dan masa tido perlu diutamakan walaupun banyak benda yang perlu dilakukan....dan lagi satu keselesaan anak juga....tidak mahu anak dalam kepanasan....pengorbanan ibu dan ayah yang amat tinggi perlu untuk membesarkan anak...hope berbaloi segala pengorbanan yang dilakukan...insya'allah...

17 July 2013

882 : telatah Nur Insyirah II...

alhamdulilah hari ni dah masuk hari ke 8 umat Islam berpuasa....yang pastinya masa nak berbuka puasa dan bangun sahur adalah saat yang paling meriah di rumah kerana kehadiran si Nur Insyirah....

seboleh-bolehnya aku tidak mahu Nur Insyirah bangun semasa sahur....coz kalu Nur Insyirah bangun confirm dia akan menangis nak ikut aku dan hubby balik ke Putrajaya...almaklumla dia tahu nak ikut orang pergi mana-mana...pantang orang pakai tudung atau keluar ke depan pintu, Nur Insyirah pun sama jugak nak ikut....sabar jelah....

dah 8 hari bersahur, 4 hari Nur Insyirah bangun masa bersahur....yang pastinya Nur Insyirah pun sama-sama makan sahur, macamkan nak berpuasa je huhu....

kalu masa berbuka memang tak boleh nak elakkan dari Nur Insyirah....dia pun sama-sama nak berbuka padahal dah suap dia makan sebelum tu....Nur Insyirah pun nak duduk atas kerusi dan sama makan...macam-macam la anak ibu ni....

apa sahaja orang makan, semuanya Nur Insyirah nak....tak bagi menangis....yang pasti Nur Insyirah boleh dan tahan makan pedas....orang makan bihun, dia pun sama makan....memang tahan pedas....aku takut je perut Nur Insyirah meragam....yang pastinya, bila orang minum air, sedap je dia sebut 'air'....yang pastinya bila bagi air masak confirm minum tersedak, tapi kalu air lain, laju je dia menelannya....sabar jelah kan....tapi kalu Nur Insyirah minta air dengan aku confirm air masak je la aku bagi...kalu dengan orang lain, macam-macam air masuk dalam perut dia huhu....

Nur Insyirah juga suka makan kuih tepung pelita.....dia sorang sahaja boleh makan 2 bekas...tak sangka betul la Nur Insyirah peminat kuih tepung pelita seperti opah dan ayahnya....

dan sejak 2 minggu kebelakangan ini, Nur Insyirah suka tidur lewat sangat....pukul 12 tengah malam pun masih belum tido...sabar jelah kan....padahal aku nak bangun pukul 3.45 untuk persiapan sahur...yang pasti mata aku ini akan menjadi seperti digam-gam masa sampai opis....memang boleh je tertido depan pc ni...huhu....

puas pujuk tido pun Nur Insyirah tidak mahu tido...Nur Insyirah boleh je berjalan dalam gelap-gelap tu nak buat kerja yang masih belum selesai....takutkan dengan apa pun tak jalan...sabar je lah kan....memang nak kena cari jalan macamne nak suruh Nur Insyirah tido awal....

10 July 2013

881 : Marhaban Ya Ramadhan...

http://newswallpaper.com/wp-content/uploads/2013/06/marhaban-ya-ramadhan-1434-H.jpg


10 Julai 2013 bersamaan 1 Ramadhan 1434H bermulanya permulaan puasa umat Islam di seluruh Malaysia.... 

selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak....semoga kedatangan Ramadhan ini akan memberi rahmat dan keberkatan kepada kita semua...semoga kita dapat melakukan amal ibadat dengan tenang dan dapat memperbanyakkan amal ibadat di dalam bulan mulia ini...

aku mohon maaf kepada semua jika ada sebarang kesalahan kata dan keterlanjuran tingkah laku....

aku juga mohon pada Allah agar aku dapat meneruskan penyusuan untuk Nur Insyirah di dalam bulan yang mulia...moga susu ku tidak putus dan minta dipermudahkan oleh Allah insya'allah... 

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak....

08 July 2013

880 : dah dapat kaki...

hujung minggu yang lalu, aku dan hubby bawa Nur Insyirah gi shopping pra raya...ada juga kan shopping pra raya...almaklumla dah ada anak ni kena shopping awal....

sibuk mengemas kasut kat rak...

ini adalah kali pertama bawa Nur Insyirah ke shopping complex setelah dia berusia setahun dan setelah mendapat kaki yang kukuh....yang pasti Nur Insyirah tidak mahu duduk dalam stroller dan didukung...Nur Insyirah nak berjalan sendiri....baru je setahun 2 minggu tapi lagak nak berjalan tu macam dah setahun setengah....

bila didukung oleh aku atau ayahnya, Nur Insyirah akan melentingkan dirinya minta dilepaskan...minta diturunkan ke bawah...bila dalam stroller atau troli, jarinya tunjuk untuk keluar...makin cerdik anak ibu dan ayah ni....

bila dilepaskan, Nur Insyirah akan memulakan langkahnya dengan penuh bergaya....semua tempat nak diterjah nye...dengan kasut yang berbunyi dan mulut yang peramah, gerakan kakinya akan menjadi perhatian orang di sekeliling....Nur Insyirah memang tak takut dengan orang pun...lagi ditegur orang-orang di situ....memang ligat sungguhla...macam gasing putus talinya...

tengah mengutip benda dan masuk dalam mulut...

betul orang cakap, kalu anak dah dapat kaki, confirm tak larat kita nak mengejarnya....begitu la yang terjadi pada Nur Insyirah...gila dapat kaki dan stereng kata ayahnya....Nur Insyirah akan berjalan tanpa hala tuju...bila Nur Insyirah nak berhenti, dia akan berhenti dan mula la mengutip apa sahaja yang ada di lantai, atau Nur Insyirah akan berhenti bila ada something yang menarik perhatiannya...

hari Sabtu gi Jaya Jusco Wangsa Maju coz hubby nak beli kasut....habis kasut-kasut kat rak tu disusunnya....malu la jugak dengan pekerja kat situ tapi nak buat camne kan....layan kan jelah...masa nak balik tu siap minta maaf pada pekerja kat situ....

siap berbaring lagi kat Nagoya...sabar jelah...
 
hari Ahad plak gi Nagoya di Carefour untuk cari kain....mula-mula elok je dok dalam troli...tapi Nur Insyirah minta turun bila dia lihat ada kawan-kawan yang sebaya dia....bila didukung Nur Insyirah melentik-lentikkan badan dia...sabar jelah kan....

Nur Insyirah yang makin nakal...

bila diturunkan hanya Allah sahaja yang tahu betapa seronoknya Nur Insyirah dapat berjalan....berjalan tanpa henti dan begitu seronok sekali....aku dan hubby risau je bila kain-kain yang disusun tu jatuh kat atas dia je....almaklumla malang tidak berbau...bila didukung habis satu nagoya tu dengar suara dia....

aksi Nur Insyirah berjalan di Nagoya...

yang pastinya malam tadi, Nur Insyirah tidur tidak lena...tidak tahu la apa sebabnya....asyik menjerit dan menangis je...mungkin kena kacau oleh something....kesian kat anak ibu....

sekarang ini langkah Nur Insyirah dah makin laju dan sesiapa yang keluar ke pintu, confirm Nur Insyirah menangis bila tidak dibawa sekali....