Terima Kasih Sahabat

17 July 2013

882 : telatah Nur Insyirah II...

alhamdulilah hari ni dah masuk hari ke 8 umat Islam berpuasa....yang pastinya masa nak berbuka puasa dan bangun sahur adalah saat yang paling meriah di rumah kerana kehadiran si Nur Insyirah....

seboleh-bolehnya aku tidak mahu Nur Insyirah bangun semasa sahur....coz kalu Nur Insyirah bangun confirm dia akan menangis nak ikut aku dan hubby balik ke Putrajaya...almaklumla dia tahu nak ikut orang pergi mana-mana...pantang orang pakai tudung atau keluar ke depan pintu, Nur Insyirah pun sama jugak nak ikut....sabar jelah....

dah 8 hari bersahur, 4 hari Nur Insyirah bangun masa bersahur....yang pastinya Nur Insyirah pun sama-sama makan sahur, macamkan nak berpuasa je huhu....

kalu masa berbuka memang tak boleh nak elakkan dari Nur Insyirah....dia pun sama-sama nak berbuka padahal dah suap dia makan sebelum tu....Nur Insyirah pun nak duduk atas kerusi dan sama makan...macam-macam la anak ibu ni....

apa sahaja orang makan, semuanya Nur Insyirah nak....tak bagi menangis....yang pasti Nur Insyirah boleh dan tahan makan pedas....orang makan bihun, dia pun sama makan....memang tahan pedas....aku takut je perut Nur Insyirah meragam....yang pastinya, bila orang minum air, sedap je dia sebut 'air'....yang pastinya bila bagi air masak confirm minum tersedak, tapi kalu air lain, laju je dia menelannya....sabar jelah kan....tapi kalu Nur Insyirah minta air dengan aku confirm air masak je la aku bagi...kalu dengan orang lain, macam-macam air masuk dalam perut dia huhu....

Nur Insyirah juga suka makan kuih tepung pelita.....dia sorang sahaja boleh makan 2 bekas...tak sangka betul la Nur Insyirah peminat kuih tepung pelita seperti opah dan ayahnya....

dan sejak 2 minggu kebelakangan ini, Nur Insyirah suka tidur lewat sangat....pukul 12 tengah malam pun masih belum tido...sabar jelah kan....padahal aku nak bangun pukul 3.45 untuk persiapan sahur...yang pasti mata aku ini akan menjadi seperti digam-gam masa sampai opis....memang boleh je tertido depan pc ni...huhu....

puas pujuk tido pun Nur Insyirah tidak mahu tido...Nur Insyirah boleh je berjalan dalam gelap-gelap tu nak buat kerja yang masih belum selesai....takutkan dengan apa pun tak jalan...sabar je lah kan....memang nak kena cari jalan macamne nak suruh Nur Insyirah tido awal....

No comments: