Terima Kasih Sahabat

22 July 2013

883 : shopping raya...

memang benar orang katakan, bila dah ada anak ni, confirm akan dahulukan barang-barang anak sebelum barang ibu dan ayahnya....

begitu juga yang berlaku pada aku dan hubby....almaklumla tahun ni baru la dikira beraya dengan anak untuk tahun kedua...tahun lepas walaupun ada dah ada anak tapi beraya ye ala kadar coz semua semua baju raya adalah sama dengan preparation terima baby baru...

oleh itu, hujung minggu yang lalu aku dan hubby pergi shopping raya untuk anak terrsayang iaitu Nur Insyirah...kami pergi shopping di Jaya Jusco Taman Equine Sri Kembangan....perginya lepas berbuka...almaklumla dah ada anak ni, agak susah nak berbuka kat luar....nati nasi ntah ke mana, berbuka ntah ke mana nak layan si kecik tu....baik berbuka dan solat maghrib dahulu di rumah...lebih selesa dan tidak terkocoh-kocoh....

tapi yang susahnya bila kuar shopping lepas berbuka, keburukannya adalah anak cepat mengamuk di pasar raya coz kepenatan dan sudah mengantuk....

masa mula-mula sampai Jaya Jusco tu, Nur Insyirah behave je dok dalam troli...semua orang dia tegur, almaklumla Nur Insyirah ni peramah tak kira dengan tempat huhu...bila letak troli kat timbunan baju-baju, abis ditariknya baju-baju tu...sabar je lah anak ibu...nasib baik la promoter jenis cool je....kalu tak naya je kan....

gaun, jeans, baju tidur, kasut dan stokin semuanya dah dicari....masa nak cari tshirt si Nur Insyirah dia dah mula nak menunjukkan suaranya yang tinggi....aku soh hubby gi round cari tshirt dia coz masa tu aku nak gi nursing room untuk menyusukan Nur Insyirah....masa di nursing room, Nur Insyirah dah menunjukkan tanda-tanda nak tido....aku cakap dengan Nur Insyirah jangan tido dulu coz baju ayah masih belum dicari....alhamdulilah Nur Insyirah tak jadi nak tido, dia senyum pada aku....

sambung shopping, masukkan balik Nur Insyirah dalam troli...tapi hanya bertahan 15 minit sahaja, Nur Insyirah mula meninggikan suara kembali...apa lagi, hubby amik je tshirt yang ada depan mata tanpa nak survey yang lain....pergi bayar dan terus balik....masuk je dalam kereta, Nur Insyirah terus tido sehingga bangun sahur....

walau apa keadaan pun, anak perlu diutamakan....masa menyusu, masa makan dan masa tido perlu diutamakan walaupun banyak benda yang perlu dilakukan....dan lagi satu keselesaan anak juga....tidak mahu anak dalam kepanasan....pengorbanan ibu dan ayah yang amat tinggi perlu untuk membesarkan anak...hope berbaloi segala pengorbanan yang dilakukan...insya'allah...

No comments: