Terima Kasih Sahabat

29 August 2013

891 : tragedi 22 Ogos 2013....

minggu lepas Khamis (22 Ogos 2013) bersamaan 15 Syawal 1434H adalah satu tarikh yang akan aku dan family ingat sehingga bila-bila....tragedi bulan Ogos yang akan aku kenang sehingga bila-bila....tragedi kehilangan ayah tersayang untuk selama-lamanya...

jam 4.15 pagi aku bangun untuk bersahur untuk buat puasa sunat syawal....dalam jam 4.20 pagi telefon rumah berdering....saat itu, jantung aku terasa berdegup kencang....mesti akan panggilan emergecy....ketika itu dalam fikiran aku terlintas hanya bapak sahaja....tiada sesapa yang akan call pada masa itu jika tiada kecemasan....

aku dengar suara sorang lelaki cina dan mengatakan yang bapak jatuh pengsan ketika menyusun surat khabar....hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu....masa tu juga adik lelaki aku Najib berada di sisi aku...lelaki cina tu kata pekerja nya bawa bapak ke hospital tapi tidak tahu di mana...

lelaki cina tu suruh telefon pekerja dia untuk memastikan di mana dia hantar bapak....aku call sebanyak 2 kali tapi tidak berangkat....cemas sungguh aku dibuatnya....kali ketiga aku call baru dia angkat dan mengatakan yang dia hantar bapak ke emergecy HKL...

aku soh adik aku pergi dulu ke HKL dengan motor....ketika itu baru mak terbangun coz dengar suara aku terkocoh-kocoh dan cemas....mak pun terkejut jugak....aku berharap sangat yang bapak tiada apa-apa....

tidak sampai 5 minit, lelaki cina tu call aku kembali....dia minta aku datang segera ke HKL....aku kata dengan dia yang adik aku on the way ke sana....aku kejut hubby untuk kata yang bapak pengsan....aku nak pergi ke HKL selepas bersahur....aku dan mak tetap bersahur jugak....

ketika baru menyuap sesuap nasi, adik lelaki aku call dengan berkata "nor, kau kena datang sekarang juga, coz doktor dah pam-pam jantung bapak"...hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu...aku tolak nasi dan terus kejut adik perempuan aku....semasa tu hubby dah siap dan sedang panas kan enjin....

jam 4.50 pagi aku dan hubby pergi dulu ke HKL dan diikuti oleh adik perempuan aku....ketika dah hampir sampai di HKL, adik aku Najib call sekali lagi dengan nada suara orang menangis dan bertanya aku dimana....aku jawab yang aku dah nak sampai....najib kata datang cepat sebab bapak dah takde....rasa longlai aku ketika itu....aku menangis dan menjerit pada hubby yang mengatakan bapak dah tiada....

semasa dah nak sampai di emergecy HKL, Najib call kembali dan berkata yang nadi bapak dah ada balik....aku lega....aku terus ke zon kritikal...Najib suruh aku masuk ke zon tu...

aku tengok melalui cermin, doktor dan jururawat masih bertungkus lumus mengepam jantung bapak...aku diminta keluar dari oleh jururawat yang bertugas dan minta duduk di kawasan menunggu...aku mohon pada Allah yang tidak akan berlaku apa-apa pada bapak...

aku terus berdiri sahaja, dan tidak lama doktor bertugas tu datang dan bertanya aku sapa...aku jawab ayah aku ada di dalam....dalam masa yang sama Najib berkata kat doktor tu 'ini kakak dan adik-adik aku'...

doktor tu menerangkan ketika bapak sampai ke hospital, keadaan jantung bapak dah 'stone'...aku dengan bodoh bertanya "apa tu stone"...doktor menerangkan jantung bapak aku dah berhenti berdenyut....namun mengikut prosedur, setiap pesakit yang masuk ke zon kritikal, doktor akan membuat pesakit sedar dalam masa 30 minit...doktor bertanya adakah bapak ada apa-apa sakit....aku jawab bapak tiada sakit dan bapak seorang yang degil untuk ke klinik jika sakit...doktor tersebut faham....

doktor tu suruh aku dan adik-adik masuk dan mengajar mengucap....hancur luluh aku ketika itu...aku berdiri di sebelah kanan bapak dan Najib di sebelah kiri....berderai air mata aku ketika itu....

aku kata 'bapak kita datang ni, bapak bangunla, bapak mengucap ye'...lailahahilalaAllah' sambil aku pegang badan bapak...ketika itu doktor masih berusaha mengepam jantung bapak....tak sampai seminit, jam 5.10 pagi doktor memandang aku dan mengatakan bapak dah tiada....

'Allah', hanya itu yang terucap di bibir aku ketika itu....aku mengucapkan astagfirullahal'azhiim agar aku diberi kekuatan...aku melihat Najib ada adik-adik perempuan aku dah menangis....

aku dan Najib masih terus mengajar mengucap pada bapak...tapi Allah lebih menyayangi bapak...bapak telah meninggalkan kami untuk selama-lamanya....aku dan adik-adik sudah bergelar anak yatim....

aku terus call mak di rumah dan mengatakan yang bapak dah tiada.....mak aku berkata 'Ya Allah, mak tak sempat jumpa bapak'...aku faham perasaan mak ketika itu....

doktor dan para jururawat keluar dari zon kritikal dan memberi kami adik-beradik ruang bersama bapak....adik perempuan aku iaitu Suraya terus merapatkan mata bapak.....memang benar bapak dah tiada....aku rasa badan bapak dah mula sejuk....

Ya Allah kuatkan semangat aku untuk menghadapi segala dugaan ini....semoga dipermudahkan segalanya....

aku bertanya prosedur yang harus aku lakukan....doktor tu menerangkan perlu membuat report polis....dan jenazah akan di bawa ke bilik mayat untuk post mortem....aku dan adik beradik setuju tidak mahu membuat post mortem terhadap jenazah...aku tidak mahu menyeksa lagi jenazah...biarlah bapak pergi dengan tenang....

doktor tu kata untuk prosedur post mortem perlu berbincang dengan pihak polis dan doktor di bilik mayat sama ada dibenarkan atau tidak untuk tidak membuat post mortem....aku nampak kakak kembar aku dan mengatakan yang 'bapak dah tiada'....aku menangis bersama....

aku pergi membuat report polis di balai polis HKL....aku perlu mengambil permit kubur di Balai Polis H.S.Lee kerana kes arwah bapak dilaporkan di sana....aku bercakap dengan pegawai polis berkenaan bernama En. Zainuddin yang saya tidak mahu membuat post mortem...pegawai polis tu bertanya ada nak buat tuntutan insurans atau tidak...aku kata tiada...dia bertanya lagi sama ada sakit apa-apa dan umurnya berapa...aku kata tiada sakit apa-apa dan usia arwah berumur 66 tahun....setelah selesai urusan report, jenazah perlu dibawa ke bilik mayat sementara menunggu permit kubur...permit kubur tu perlu diambil jam 8.00 pagi di Balai Polis H.S.Lee...

aku mengiringi jenazah arwah ke bilik mayat sambil diiringi azan Subuh...menitis air mata dan bibir ku tidak henti berzikir agar aku mempunyai semangat yang kuat....tanpa pesan dan tanpa wasiat, arwah bapak pergi meninggalkan kami sekeluarga untuk selamanya....

jam 8.30 pagi, Najib telah membawa permit kubur dan urusan untuk membawa balik jenazah aku uruskan....kami akan kebumikan arwah di Taman Ibu Kota, Gombak....segala urusan mandi jenazah akan di buat di surau Flat Sri Kedah....kalu ikutkan aku nak semua urusan mandi dan kafan dibuat di hospital namun ditolak kerana kes kemalangan bas di Genting Highlands sehari sebelum itu....jenazah dibawa menaiki van jenazah ke sana....

alhamdulilah semua urusan mandi dan kafan selesai jam 11.30 pagi...arwah akan dikebumikan selepas solat Zuhur kerana tidak mahu berlakunya kelam kabut...alhamdulilah, ramai jugak yang datang untuk solat jenazah....mungkin rezki arwah....semua anak-anak sedara lelaki hadir untuk bersama untuk menguruskan jenazah....

arwah bapak dibawa ke tanah perkuburan jam 2.15 petang....sebelum jenazah di bawa kami adik beradik semua mencium arwah....ciuman terakhir dari kami....sejuk sahaja aku rasa dahi arwah....alhamdulilah, jenazah arwah seumpama tidur sahaja dan urusan mandi dan kafan tiada masalah yang berlaku....

jam 2.25 petang jenazah arwah selamat dikebumikan....rasa tidak percaya yang arwah bapak akan dimasukkan ke liang lahad....mata aku tidak terlepas untuk merakam wajah terakhir arwah....aku tidak mahu melupakan arwah untuk selamanya...

semoga arwah bapak tenang di sana....

semua urusan pengebumian telah selesai jam 2.45 petang.....semoga roh arwah dicucuri rahmat olehNya...

buat pertama kalinya semalam iaitu hari ke 7 arwah meninggal, Nur Insyirah iaitu cucu kesayangannya mencari arwah di dalam bilik....selama 7 hari ni Nur Insyirah tidak ketuk pintu bilik pun, tapi semalam Nur Insyirah rindu dengan atoknya....Nur Insyirah meragam saje semalam....sian anak ibu coz atok kesayangannya dah tiada untuk melayan dia main, memujuk dan melayan telatah Nur Insyirah....
 
sudah 8 hari arwah bapak meninggalkan kami semua, kami redha....aku doakan arwah akan dicucuri rahmat dan sentiasa berada dalam lindungan Allah hendaknya....

27 August 2013

890 : Belasungkawa : Sabri Soh Abdullah (1949 - 2013)...

 22 Ogos 2013 (Khamis) jam 4.30 pagi, aku telah kehilangan ayah yang tersayang untuk selama-lamanya.....pergi dengan mengejut, tanpa pesan, tanpa kata, membuatkan aku dan keluarga terasa sangat kehilangan beliau....beliau meninggal tanpa tahu apa sakitnya....kerana sebelum ini arwah sorang yang tidak ada penyakit dan memang amat sukar nak ke hospital walaupun tidak sihat....


walaupun hari ini hari ke 6 arwah ayah meninggalkan kami semua, aku masih dalam kerinduan....aku masih ternampak kelibat arwah di ruangan rumah terutamanya di dapur....di tempat arwah selalu duduk....

aku masih teringat di malam terakhir arwah, aku dan hubby sedang makan di dapur....ketika itu, Nur Insyirah datang mengacau kami sedang makan....masa tu bapak telah menegur Nur Insyirah dengan berkata 'asyik nak kacau je bapak makan'....sehingga kini masih terngiang-ngiang di telinga aku apa yang arwah katakan dan masih ternampak-nampak di ruangan mata ini, ketika itu, arwah sedang berdiri di depan pintu pagar dapur....

pada usia 66 tahun 8 bulan 19 hari arwah telah meninggalkan kami untuk selamanya....hanya kenangan dan memori bersama arwah sahaja yang tersemat di dalam ingatan ini...moga ingatan aku kuat sehingga bila-bila, agar aku tidak melupai kenangan aku bersama arwah....

aku teramat merindui arwah...dulu ketika hayatnya masih ada, walaupun tak jumpa selama 3 atau 4 hari. aku masih boleh berjumpa dengan arwah....tapi sekarang aku teramat rindu sangat walaupun baru 6 hari arwah pergi....hanya kenangan sahaja yang berada di ingatan...

aku akan merindui bebelannya, pesanannya, tingkah lakunya dan segala-galanya pasal arwah....arwah adalah seorang ayah yang tiada galang ganti dengan sesapa pun.....arwah seorang yang low profile, suka menyendiri namun beliau terlalu sayangkan isteri, anak-anak dan cucu-cucunya....

Ya Allah kuatkan semangat aku dan keluarga untuk menerima kententuan yang telah Kau tentukan...

21 August 2013

889 : belajar berenang...

hari Sabtu lepas (17 Ogos 2013), my hubby sibuk nak bawa Nur Insyirah gi kolam renang....kami gi kolam renang Pusat Kejiranan Presint 11...nak ajar Nur Insyirah berenang katanya...semangat sungguh my hubby ni nak suruh anaknya pandai berenang...jangan jadi macam ibunya, memang akan tenggelam je bila berenang haha...


Nur Insyirah teruja menengok air di kolam renang masa tu...masa nak bawa masuk Nur Insyirah macam takut-takut je...maybe dia fikir banyak ye air....


bila dah masuk kolam bersama dengan ayahnya, Nur Insyirah terus menepuk-nepuk air...bila terpercik kembali ke mukanya, dia rasa seronok sesangat....Nur Insyirah berdiri di dalam kolam renang tu....kolam renang untuk kanak-kanak....sian kat my hubby kena dok kat dalam kolam tu....nak sangat anak belajar berenang kan....


aku risau je Nur Insyirah akan kena selsema....almaklumla ni baru first time masuk kolam renang....bila bawa Nur Insyirah kuar, dia asyik tunjuk ke arah air dengan mulut bising...ntah bahasa jerman apa la yang dia cakap....bila dilepaskan, Nur Insyirah menuju ke arah air....nak masuk balik ke dalam kolam....

Nur Insyirah dok dalam kolam renang dalam 15 minit....aku tengok matanya dah merah dan bibirnya dah pucat kerana kesejukan...tambahan plak, angin sepoi-sepoi bahasa plak....lagi bertambah sejuk la dibuatnya...cepat-cepat aku selimut dengan towel dan tukar kan baju....Nur Insyirah asyik bersin kesejukan...

memang benar, apa yang aku takutkan telah terjadi....hari Ahad tu Nur Insyirah dah diserang selesema....asyik meleleh je...sian anak ibu...

hari Isnin tu, terus Nur Insyirah jadi kurang aktif, asyik nak tido sahaja dan takmo main pun...maybe sakit kepala kerana selesema yang menyerang....aku cakap dengan hubby, ni yang saya takmo bawa Nur Insyirah ke kolam renang coz kesian kat anak...maybe kalu nak bawa dan belajar berenang masa tu umur Nur Insyirah dah 2 atau 3 tahun....

sehingga kini, Nur Insyirah masih diserang selsema...hope anak ibu akan cepat sembuh dan kembali aktif...

19 August 2013

888 : diri sendiri..




menjadi diri sendiri adalah lebih baik daripada perlu berlakon di hadapan semua orang....
menjadi diri sendiri lebih baik daripada perlu berpura-pura dengan alam sekeliling...
menjadi diri sendiri lebih baik daripada menahan sakit hati yang teramat...

itu yang aku lakukan sekarang....tanpa perlu berlakon atau berpura-pura...aku lebih selesa berbuat demikian daripada menyakitkan hati aku sendiri...

aku buat perangai dan tingkah laku aku sendiri...tanpa perlu berlakon...daripada aku terus berlakon dan orang pijak kepala dan membuatkan hati aku sakit sahaja...

bukan mahu berlagak atau ego..tapi bila aku jadi orang lain dan berpura-pura gembira dan suka, membuatkan perasaan dan hati aku menderita kesakitan...tanpa ada tempat untuk meluahkan...lagi membuatkan hati aku menjadi parah....alih-alih aku juga sendirian dan bersorangan untuk menghadapi segalanya....

baik aku begini....diam lebih baik daripada bersuara...tapi bukan diam bermakna aku setuju atau suka segalanya...tapi diam menandakan itu la diri aku ketika ini...

14 August 2013

887 : kosong...




rasa kosong...
rasa sunyi...
rasa sedih...
rasa kehilangan....
itu perasaan yang aku rasa ketika ini....

dulu masa datang kerja, ada je tempat untuk aku meluahkan perasaan...
tapi kini jiran sebelah yang selalu aku borak, gelak dan menangis dah tiada...
aku perlu juga teruskan kehidupan ini...
walaupun akan amik masa...

walaupun ada pengganti yang baru, tapi tetap tidak sama dengan yang lama...
yang lama, kita dah kena erti budi dan jiwanya...
yang baru, pasti akan mengambil masa untuk serasi dan memahami antara satu sama lain...
tambahan plak aku ini agak mengambil untuk berkawan....

moga aku kuat dan bersemangat untuk memulakan kehidupan ini...insya'allah...


13 August 2013

886 : Aidil Fitri 1434H...

alhamdulilah hari raya aidilfitri untuk tahun 2013 atau 1434H telah selamat disambut pada 8 Ogos 2013 yang lalu....alhamdulilah kami semua adik beradik dapat berkumpul di rumah mak di Segambut....

tak payah penat nak bersesak di highway dan berpeluh kami adik beradik dah boleh sampai di rumah mak...almaklumla KL akan menjadi lenggang masa hari raya ni...dan hari raya adalah hari yang paling best...kerana tiada kesesakan dan tak payah nak berebut nak ke mana-mana...


alhamdulilah, aku dapat juga melihat Nur Insyirah memakai baju kurung....comel je ibu nengok Nur Insyirah memakai baju kurung hasil tangan opahnya...walaupun lari sikit dari tema warna ibu dan ayah, Nur Insyirah tetap comel dan cute di mata ayah dan ibu....


masa nak pakaikan baju kurung tu, Nur Insyirah seakan mengerti yang hari tersebut adalah hari istimewa....Nur Insyirah pun teruja je memakainya....

 kami 6 beradik...

 adik-adik bersama mak...

 
 keluarga kembar...

mak dan adik-adik memakai serba merah....yang aku dan hubby bertemakan warna biru turqoise....yang kakak kembar aku plak serba biru jugak....dan adik lelaki aku bertemakan purple....


seronok tengok Nur Insyirah bersalaman pastu dapat duit raya....Nur Insyirah ingatkan duit raya tu adalah makanan....setiap kali dapat je duit raya mesti mulut Nur Insyirah akan sebut 'mam, mam'...itu sahajalah kat mulut Nur Insyirah sekarang ni selain perkataan 'nak, nah'....

Nur Insyirah juga dah pandai sebut perkataan 'alang, andak, akak dan ayah'....bila la agaknya Nur Insyirah nak sebut perkataan 'ibu'....mesti aku akan teruja ketika itu....

makin cerdik, makin kuat merajuk, makin kuat merempan dan makin kuat menangis sekarang ni....apa yang Nur Insyirah perlu diturutkan....kalu tak memang confirm la Nur Insyirah akan menjerit dan menangis....huhu...sampaikan ada ketikanya aku dan hubby akan hilang sabar dibuatnya....memang perlukan kesabaran yang amat tinggi melayan karenah Nur Insyirah ni....

06 August 2013

885 : Salam Aidil Fitri...



Salam Aidilfitri diucapkan kepada semua kekawan di alam maya...moga kalian bergembira dan ceria di samping keluarga tersayang....moga kalian juga selamat pulang ke desa masing-masing...jangan bawa laju-laju kereta tu...ingat mereka yang tersayang....

insya'allah aku akan mula bercuti raya mula 6 Ogos hingga 13 Ogos 2013...tapi ikut keadaan gak...kalu husband dah mula kerja awal, aku pun masuk kerja awal la...coz tak best dok kat umah je huhu....

tak sabar nak tengok Nur Insyirah pakai baju kurung....mesti comel kan...jangan nak termuntah plak ye coz ibu mana yang takmo puji anak sendiri kan...huhu...layan kan je lah...hehe....

Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Maaf Zahir dan Batin...