Terima Kasih Sahabat

13 August 2013

886 : Aidil Fitri 1434H...

alhamdulilah hari raya aidilfitri untuk tahun 2013 atau 1434H telah selamat disambut pada 8 Ogos 2013 yang lalu....alhamdulilah kami semua adik beradik dapat berkumpul di rumah mak di Segambut....

tak payah penat nak bersesak di highway dan berpeluh kami adik beradik dah boleh sampai di rumah mak...almaklumla KL akan menjadi lenggang masa hari raya ni...dan hari raya adalah hari yang paling best...kerana tiada kesesakan dan tak payah nak berebut nak ke mana-mana...


alhamdulilah, aku dapat juga melihat Nur Insyirah memakai baju kurung....comel je ibu nengok Nur Insyirah memakai baju kurung hasil tangan opahnya...walaupun lari sikit dari tema warna ibu dan ayah, Nur Insyirah tetap comel dan cute di mata ayah dan ibu....


masa nak pakaikan baju kurung tu, Nur Insyirah seakan mengerti yang hari tersebut adalah hari istimewa....Nur Insyirah pun teruja je memakainya....

 kami 6 beradik...

 adik-adik bersama mak...

 
 keluarga kembar...

mak dan adik-adik memakai serba merah....yang aku dan hubby bertemakan warna biru turqoise....yang kakak kembar aku plak serba biru jugak....dan adik lelaki aku bertemakan purple....


seronok tengok Nur Insyirah bersalaman pastu dapat duit raya....Nur Insyirah ingatkan duit raya tu adalah makanan....setiap kali dapat je duit raya mesti mulut Nur Insyirah akan sebut 'mam, mam'...itu sahajalah kat mulut Nur Insyirah sekarang ni selain perkataan 'nak, nah'....

Nur Insyirah juga dah pandai sebut perkataan 'alang, andak, akak dan ayah'....bila la agaknya Nur Insyirah nak sebut perkataan 'ibu'....mesti aku akan teruja ketika itu....

makin cerdik, makin kuat merajuk, makin kuat merempan dan makin kuat menangis sekarang ni....apa yang Nur Insyirah perlu diturutkan....kalu tak memang confirm la Nur Insyirah akan menjerit dan menangis....huhu...sampaikan ada ketikanya aku dan hubby akan hilang sabar dibuatnya....memang perlukan kesabaran yang amat tinggi melayan karenah Nur Insyirah ni....

No comments: