Terima Kasih Sahabat

27 August 2013

890 : Belasungkawa : Sabri Soh Abdullah (1949 - 2013)...

 22 Ogos 2013 (Khamis) jam 4.30 pagi, aku telah kehilangan ayah yang tersayang untuk selama-lamanya.....pergi dengan mengejut, tanpa pesan, tanpa kata, membuatkan aku dan keluarga terasa sangat kehilangan beliau....beliau meninggal tanpa tahu apa sakitnya....kerana sebelum ini arwah sorang yang tidak ada penyakit dan memang amat sukar nak ke hospital walaupun tidak sihat....


walaupun hari ini hari ke 6 arwah ayah meninggalkan kami semua, aku masih dalam kerinduan....aku masih ternampak kelibat arwah di ruangan rumah terutamanya di dapur....di tempat arwah selalu duduk....

aku masih teringat di malam terakhir arwah, aku dan hubby sedang makan di dapur....ketika itu, Nur Insyirah datang mengacau kami sedang makan....masa tu bapak telah menegur Nur Insyirah dengan berkata 'asyik nak kacau je bapak makan'....sehingga kini masih terngiang-ngiang di telinga aku apa yang arwah katakan dan masih ternampak-nampak di ruangan mata ini, ketika itu, arwah sedang berdiri di depan pintu pagar dapur....

pada usia 66 tahun 8 bulan 19 hari arwah telah meninggalkan kami untuk selamanya....hanya kenangan dan memori bersama arwah sahaja yang tersemat di dalam ingatan ini...moga ingatan aku kuat sehingga bila-bila, agar aku tidak melupai kenangan aku bersama arwah....

aku teramat merindui arwah...dulu ketika hayatnya masih ada, walaupun tak jumpa selama 3 atau 4 hari. aku masih boleh berjumpa dengan arwah....tapi sekarang aku teramat rindu sangat walaupun baru 6 hari arwah pergi....hanya kenangan sahaja yang berada di ingatan...

aku akan merindui bebelannya, pesanannya, tingkah lakunya dan segala-galanya pasal arwah....arwah adalah seorang ayah yang tiada galang ganti dengan sesapa pun.....arwah seorang yang low profile, suka menyendiri namun beliau terlalu sayangkan isteri, anak-anak dan cucu-cucunya....

Ya Allah kuatkan semangat aku dan keluarga untuk menerima kententuan yang telah Kau tentukan...

2 comments:

Siti Fatimah said...

Takziah kak. Ni 1st time kot akak cerita psl Arwah Ayah akak. Erm... Semoga roh Arwah di tempatkan dikalangan org2 yg beriman amin......Al Fatihah...

Wanie Wazir said...

Takziah kak sariyah & family..semoga Allah tempatkan roh ayah akak di kalangan para solehin. Amin.. Al-fatihah