Terima Kasih Sahabat

29 August 2013

891 : tragedi 22 Ogos 2013....

minggu lepas Khamis (22 Ogos 2013) bersamaan 15 Syawal 1434H adalah satu tarikh yang akan aku dan family ingat sehingga bila-bila....tragedi bulan Ogos yang akan aku kenang sehingga bila-bila....tragedi kehilangan ayah tersayang untuk selama-lamanya...

jam 4.15 pagi aku bangun untuk bersahur untuk buat puasa sunat syawal....dalam jam 4.20 pagi telefon rumah berdering....saat itu, jantung aku terasa berdegup kencang....mesti akan panggilan emergecy....ketika itu dalam fikiran aku terlintas hanya bapak sahaja....tiada sesapa yang akan call pada masa itu jika tiada kecemasan....

aku dengar suara sorang lelaki cina dan mengatakan yang bapak jatuh pengsan ketika menyusun surat khabar....hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu....masa tu juga adik lelaki aku Najib berada di sisi aku...lelaki cina tu kata pekerja nya bawa bapak ke hospital tapi tidak tahu di mana...

lelaki cina tu suruh telefon pekerja dia untuk memastikan di mana dia hantar bapak....aku call sebanyak 2 kali tapi tidak berangkat....cemas sungguh aku dibuatnya....kali ketiga aku call baru dia angkat dan mengatakan yang dia hantar bapak ke emergecy HKL...

aku soh adik aku pergi dulu ke HKL dengan motor....ketika itu baru mak terbangun coz dengar suara aku terkocoh-kocoh dan cemas....mak pun terkejut jugak....aku berharap sangat yang bapak tiada apa-apa....

tidak sampai 5 minit, lelaki cina tu call aku kembali....dia minta aku datang segera ke HKL....aku kata dengan dia yang adik aku on the way ke sana....aku kejut hubby untuk kata yang bapak pengsan....aku nak pergi ke HKL selepas bersahur....aku dan mak tetap bersahur jugak....

ketika baru menyuap sesuap nasi, adik lelaki aku call dengan berkata "nor, kau kena datang sekarang juga, coz doktor dah pam-pam jantung bapak"...hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu...aku tolak nasi dan terus kejut adik perempuan aku....semasa tu hubby dah siap dan sedang panas kan enjin....

jam 4.50 pagi aku dan hubby pergi dulu ke HKL dan diikuti oleh adik perempuan aku....ketika dah hampir sampai di HKL, adik aku Najib call sekali lagi dengan nada suara orang menangis dan bertanya aku dimana....aku jawab yang aku dah nak sampai....najib kata datang cepat sebab bapak dah takde....rasa longlai aku ketika itu....aku menangis dan menjerit pada hubby yang mengatakan bapak dah tiada....

semasa dah nak sampai di emergecy HKL, Najib call kembali dan berkata yang nadi bapak dah ada balik....aku lega....aku terus ke zon kritikal...Najib suruh aku masuk ke zon tu...

aku tengok melalui cermin, doktor dan jururawat masih bertungkus lumus mengepam jantung bapak...aku diminta keluar dari oleh jururawat yang bertugas dan minta duduk di kawasan menunggu...aku mohon pada Allah yang tidak akan berlaku apa-apa pada bapak...

aku terus berdiri sahaja, dan tidak lama doktor bertugas tu datang dan bertanya aku sapa...aku jawab ayah aku ada di dalam....dalam masa yang sama Najib berkata kat doktor tu 'ini kakak dan adik-adik aku'...

doktor tu menerangkan ketika bapak sampai ke hospital, keadaan jantung bapak dah 'stone'...aku dengan bodoh bertanya "apa tu stone"...doktor menerangkan jantung bapak aku dah berhenti berdenyut....namun mengikut prosedur, setiap pesakit yang masuk ke zon kritikal, doktor akan membuat pesakit sedar dalam masa 30 minit...doktor bertanya adakah bapak ada apa-apa sakit....aku jawab bapak tiada sakit dan bapak seorang yang degil untuk ke klinik jika sakit...doktor tersebut faham....

doktor tu suruh aku dan adik-adik masuk dan mengajar mengucap....hancur luluh aku ketika itu...aku berdiri di sebelah kanan bapak dan Najib di sebelah kiri....berderai air mata aku ketika itu....

aku kata 'bapak kita datang ni, bapak bangunla, bapak mengucap ye'...lailahahilalaAllah' sambil aku pegang badan bapak...ketika itu doktor masih berusaha mengepam jantung bapak....tak sampai seminit, jam 5.10 pagi doktor memandang aku dan mengatakan bapak dah tiada....

'Allah', hanya itu yang terucap di bibir aku ketika itu....aku mengucapkan astagfirullahal'azhiim agar aku diberi kekuatan...aku melihat Najib ada adik-adik perempuan aku dah menangis....

aku dan Najib masih terus mengajar mengucap pada bapak...tapi Allah lebih menyayangi bapak...bapak telah meninggalkan kami untuk selama-lamanya....aku dan adik-adik sudah bergelar anak yatim....

aku terus call mak di rumah dan mengatakan yang bapak dah tiada.....mak aku berkata 'Ya Allah, mak tak sempat jumpa bapak'...aku faham perasaan mak ketika itu....

doktor dan para jururawat keluar dari zon kritikal dan memberi kami adik-beradik ruang bersama bapak....adik perempuan aku iaitu Suraya terus merapatkan mata bapak.....memang benar bapak dah tiada....aku rasa badan bapak dah mula sejuk....

Ya Allah kuatkan semangat aku untuk menghadapi segala dugaan ini....semoga dipermudahkan segalanya....

aku bertanya prosedur yang harus aku lakukan....doktor tu menerangkan perlu membuat report polis....dan jenazah akan di bawa ke bilik mayat untuk post mortem....aku dan adik beradik setuju tidak mahu membuat post mortem terhadap jenazah...aku tidak mahu menyeksa lagi jenazah...biarlah bapak pergi dengan tenang....

doktor tu kata untuk prosedur post mortem perlu berbincang dengan pihak polis dan doktor di bilik mayat sama ada dibenarkan atau tidak untuk tidak membuat post mortem....aku nampak kakak kembar aku dan mengatakan yang 'bapak dah tiada'....aku menangis bersama....

aku pergi membuat report polis di balai polis HKL....aku perlu mengambil permit kubur di Balai Polis H.S.Lee kerana kes arwah bapak dilaporkan di sana....aku bercakap dengan pegawai polis berkenaan bernama En. Zainuddin yang saya tidak mahu membuat post mortem...pegawai polis tu bertanya ada nak buat tuntutan insurans atau tidak...aku kata tiada...dia bertanya lagi sama ada sakit apa-apa dan umurnya berapa...aku kata tiada sakit apa-apa dan usia arwah berumur 66 tahun....setelah selesai urusan report, jenazah perlu dibawa ke bilik mayat sementara menunggu permit kubur...permit kubur tu perlu diambil jam 8.00 pagi di Balai Polis H.S.Lee...

aku mengiringi jenazah arwah ke bilik mayat sambil diiringi azan Subuh...menitis air mata dan bibir ku tidak henti berzikir agar aku mempunyai semangat yang kuat....tanpa pesan dan tanpa wasiat, arwah bapak pergi meninggalkan kami sekeluarga untuk selamanya....

jam 8.30 pagi, Najib telah membawa permit kubur dan urusan untuk membawa balik jenazah aku uruskan....kami akan kebumikan arwah di Taman Ibu Kota, Gombak....segala urusan mandi jenazah akan di buat di surau Flat Sri Kedah....kalu ikutkan aku nak semua urusan mandi dan kafan dibuat di hospital namun ditolak kerana kes kemalangan bas di Genting Highlands sehari sebelum itu....jenazah dibawa menaiki van jenazah ke sana....

alhamdulilah semua urusan mandi dan kafan selesai jam 11.30 pagi...arwah akan dikebumikan selepas solat Zuhur kerana tidak mahu berlakunya kelam kabut...alhamdulilah, ramai jugak yang datang untuk solat jenazah....mungkin rezki arwah....semua anak-anak sedara lelaki hadir untuk bersama untuk menguruskan jenazah....

arwah bapak dibawa ke tanah perkuburan jam 2.15 petang....sebelum jenazah di bawa kami adik beradik semua mencium arwah....ciuman terakhir dari kami....sejuk sahaja aku rasa dahi arwah....alhamdulilah, jenazah arwah seumpama tidur sahaja dan urusan mandi dan kafan tiada masalah yang berlaku....

jam 2.25 petang jenazah arwah selamat dikebumikan....rasa tidak percaya yang arwah bapak akan dimasukkan ke liang lahad....mata aku tidak terlepas untuk merakam wajah terakhir arwah....aku tidak mahu melupakan arwah untuk selamanya...

semoga arwah bapak tenang di sana....

semua urusan pengebumian telah selesai jam 2.45 petang.....semoga roh arwah dicucuri rahmat olehNya...

buat pertama kalinya semalam iaitu hari ke 7 arwah meninggal, Nur Insyirah iaitu cucu kesayangannya mencari arwah di dalam bilik....selama 7 hari ni Nur Insyirah tidak ketuk pintu bilik pun, tapi semalam Nur Insyirah rindu dengan atoknya....Nur Insyirah meragam saje semalam....sian anak ibu coz atok kesayangannya dah tiada untuk melayan dia main, memujuk dan melayan telatah Nur Insyirah....
 
sudah 8 hari arwah bapak meninggalkan kami semua, kami redha....aku doakan arwah akan dicucuri rahmat dan sentiasa berada dalam lindungan Allah hendaknya....

2 comments:

kueh bakar said...

al fatihah...

shidah said...

takziah kak...semoga roh arwah bapak akak dicucuri rahmat.Al Fatihah