Terima Kasih Sahabat

30 September 2013

895 : 40 hari sudah berlalu...

30 september 2013 bersamaan 40 hari arwah bapak telah meninggalkan kami semua...rasa sekejap sangat arwah bapak tiada...aku terlalu rindukan arwah...


yang sedihnya hari ini hari kelahiran aku arwah bapak tiada bersama untuk meraikan bersama...buat pertama kalinya aku dan kembar menyambut hari kelahiran tanpa kehadiran arwah bapak...


yang pastinya malam tadi tidur aku tidak lena, mengenangkan arwah....masih terbayang-bayang ingatan aku semasa tanggal 22 Ogos yang lepas...aku rindu sangat dengan arwah...

Ya Allah tempatkan arwah bapak di kalangan mereka yang beriman dan moga arwah tenang di sana....itu sahaja doa yang dapat aku berikan pada arwah setiap kali solat dan setiap kali teringatkan arwah...

semalam, kami telah mengadakan kenduri tahlil untuk arwah bapak dan saudara mara yang telah meninggal dunia....alhamdulilah kenduri yang dirancang berjalan dengan lancar....walaupun ringkas tapi ramai juga saudara mara dan jiran tetangga yang datang...

bacaan Yassin dah tahlil bermula jam 11.45 pagi....dan kenduri berakhir jam 4.30 petang....semua makanan kami adik beradik dan mak masak sendiri....makanan yang terdiri daripada masak lemak nenas, kicap daging, sambal udang petal, sayur kailan cendawan, ikan goreng, ikan masin, sambal tempoyak dan jering....seronok aku melihat tetamu-tetamu yang makan kerana masakan ala kampung katanya....

alhamdulilah kenduri 40 hari sudah dilakukan....insya'allah kami merancang akan buat kenduri semasa 100 hari plak....Ya Allah rasa sekejap sangat masa itu berlalu...

26 September 2013

894 : gajet baru...

alhamdulilah tercapai jugak hasrat aku dan hubby untuk belikan gajet atau mainan baru untuk Nur Insyirah iaitu 'gerek' atau basikal...


last week aku dan hubby bersama Nur Insyirah gi terjah kedai borong mainan di chowkit....pelbagai rupa, warna dan saiz basikal yang ada mengikut harganya....aku dan hubby plak yang teruja untuk memilihnya....kesian kat Nur Insyirah sekejap kat basikal ni, sekejap kat basikal ni....Nur Insyirah layan kan ajelah karenah ibu dan ayahnya haha....


setelah persetujuan diambil kami ambik color pink coz perempuan kan....nampak sikit femininnya haha....pastu ada muzik....takde beza pun ada muzik takde muzik coz harganya sama...baik amik yang ada muzik boleh Nur Insyirah berhibur semasa menunggang basikal...haha...


yang pastinya setiap kali Nur Insyirah tekan je butang muzik tu, Nur Insyirah akan berjoget...dan yang kelakarnya Nur Insyirah akan menekan butang muzik tu ketika kami masing-masing senang menonton televisyen....tensen je mak-mak sedara termasuk opahnya kerana muziknya terlalu kuat...apa lagi angkat basikal masuk dalam bilik la...sembunyikan dulu sehingga cerita habis...kesian anak ibu kena bulikan....

dan lagi satu sebenarnya kaki Nur Insyirah tak sampai pun lagi untuk mengayuh even nak letak kaki kat tempat pengayuh tu...disebabkan ibu dan ayahnya teruja sangat nak belikan basikal, naik saje la...Nur Insyirah kena menyorong basikal atau menggunakan sebelah kaki untuk mengerakkan basikalnya tu...kalu aku atau ayahnya rajin, kami menolak la Nur Insyirah....seronok je aku tengok Nur Insyirah naik basikal...

setahun yang lepas, Nur Insyirah baru nak belajar meniarap, sekarang ni dah pandai naik basikal, tak tahula apa yang akan jadi pada tahun lepas....masa amat cepat berlalu tanpa kita sedar....

20 September 2013

893 : 30 hari sudah berlalu...

sedar tak sedar, hari ini genap 30 hari arwah bapak telah meninggalkan kami semua....moga arwah bapak agar sentiasa dirahmati oleh Allah dan moga rohnya sentiasa tenang di sana....

yang pasti aku rindukan arwah....aku rindukan bebelannya, rindukan bunyi batuknya yang sentiasa ada dan rindukan segala-galanya....namun hidup perlu diteruskan....yang hidup perlu meneruskan hidup ini tanpa perlu mengeluh....moga aku dan keluarga sentiasa kuat menghadapi segala-galanya....

03 September 2013

892 : mendung berarak pergi...

sekejap sahaja sudah masuk bulan September 2013...rasa baru sahaja tragedi bulan Ogos berlalu...baru sahaja 13 hari arwah bapak meninggalkan kami semua...

kekadang tu masih terasa lagi arwah bapak berada di dalam rumah....terdengar-dengar sahaja suara batuknya berkumandang....seperti baru sahaja arwah bapak sedang menonton tv dan bermain dengan Nur Insyirah...tapi sudah 13 hari kenangan itu sudah berlalu...rasa sekejap sahaja....namun yang pasti kenangan bersama arwah akan tetap segar diingatan...

memang benar orang kata Allah telah merancang dan menetapkan segalanya untuk umatnya....walaupun telah diduga dengan maha hebat namun Allah juga mengembirakan hati yang lara....seperti tidak percaya namun itu kenyataannya....


alhamdulilah tanpa disangka, aku telah dipilih sebagai Anugerah Pekerja Contoh Bil 1/2013 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi Siri 1 Tahun 2013...alhamdulilah....pengiktrafan yang tidak terduga oleh aku....

sijil telah diberikan semasa Perhimpunan Bulanan KPWKM pada 3 September 2013....berita gembira ini aku ketahui sehari sebelum majlis melalui emel daripada Bhg Pengurusan Sumber Manusia....

alhamdulilah....terima kasih atas pencalonan dan pemilihan yang telah diberikan kepada aku...ini memberikan aku semangat untuk bekerja dengan penuh berdedikasi dan komited...sebelum ini aku sudah perolehi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk tahun 2009....aku rasa dihargai kerana telah berkhidmat di KPWKM selama 8 tahun....terasa segala amanah yang dipertanggungjawabkan kepada aku dihargai sepenuhnya walaupun kekadang tu terasa diri dipinggirkan....

kerja yang diamanahkan dan diberikan akan aku cuba laksanakan sebaik mungkin insya'allah....terima kasih Allah kerana telah memberikan kebahagiaan kepada aku untuk hari ini setelah 13 hari aku bersedih....sehinggakan ada kawan menegur aku yang mengatakan hari ni aku nampak ceria sikit dari hari biasa....selalunya muram setelah kehilangan arwah bapak...tidak sangka berita gembire ini aku terima setelah berita sedih menyelebungi diri ini dan keluarga....