Terima Kasih Sahabat

31 October 2013

903 : fire drill KPWKM..

 bangunan KPWKM yang tersergam indah disyaki terbakar...

pagi tadi dalam jam 9.45 pagi deringan loceng yang panjang telah berbunyi dan menandakan opis KPWKM telah terbakar....tapi bukan terbakar yang betul, just latihan semata-mata...

kekawan BPM yang telah selamat...

yang pastinya, aku yang berada di aras 27 telah turun tangga dengan gigih dan bersemangatnya untuk menyelamatkan diri...takut plak rentung dan mati terbakar kat pejabat tu...dah jadi berita 'sensasi' plak...haha...



yang pastinya semua staf dah tahu hari ni akan berlakunya latihan kebakaran atau fire drill cuma jam berapa tidak pasti...kalu ikutkan hati nak turun je awal-awal sebelum lif dihentikan tapi macam tak real la plak kan...haha...

kekawan BPM yang telah selamat...

nah amik turun la dengan semangatnya kami semua warga KPWKM untuk menyelamatkan diri...makin turun makin mengigil kepala lutut...dah la kepala pening kerana tangganya berpusing-pusing....

pengurus aras 27 sedang mencatit nama yg terselamat...

dalam masa tengah turun tangga tu yang pastinya sempat berborak dan bergelak sakan...almaklumla dah sedia maklum kan yang pasti latihan kebakaran...cuba kalau kebakaran yang betul-betul, memang confirm semuanya berlari nak selamatkan diri...

aku tengok jam, dari aras 27 hingga ke bawah, amik masa dalam 10 minit untuk menyelamatkan diri....sampai je bawah, punye ramai la anggota bomba dan penyelamat yang lain sudah berkumpul....kami diarahkan berkumpul di dataran gemilang...dok lepak kat situ...bukan senang nak melepak kat dataran gemilang kan...selalunya tengok dari surau je...alih-alih harini kami semua bercekarama di dataran gemilang hehe...bukan senang kan....

ingat lagi kenangan semasa fire drill di wisma sime darby...masa tu kami baru di tingkat 4....tapi sekarang ni dah up 23 tingkat lagi....masa turun tangga tadi, setiap level di kira...nak 'menghilangkan' nombor 20-an dan 10-an tu bukan senang...bila dah sampai aras 9, nombor pun dah berbentuk satu je baru rasa lega...tapi masa tu lutut dah tak larat...

latihan kebakaran tamat dalam jam 11 pagi...naik pejabat kaki dah rasa lenguh, mengigil dan bila berjalan macam tak jejak tanah je...hope malam nati tak la sakit sesangat...takut esok pagi tak boleh nak jalan...huhu....

yang pastinya lepas latihan kebakaran ni, aku dan kekawan semuanya kelaparan kerana semua tenaga sudah dikeluarkan haha...apalagi lunch awal la kami hehe...

28 October 2013

902 : kenikmatan magnum...

waktu hujan adalah waktu yang paling makin aiskrim....kenapa aku kata begitu coz masa tu la kita betul-betul menikmati aiskrim yang rasa sejuk itu...jika makan masa cuaca panas, confirm makan kerana dahaga....tapi kalu makan masa cuaca sejuk, kenikmatan dan kesegaran serta kesejukannya memang kita rasa hahaha.... 



itu la yang aku, hubby dan Nur Insyirah lakukan....menikmati aiskrim 'paling mahal' bagi aku la....makan aiskrim magnum berperisa almond....memang marveles la aiskrim ni...sehinggakan Nur Insyirah yang baru 1st time makan aiskrim tak nak lepaskan batang aiskrim tu hingga ke titisan terakhir....


memang best layan aiskrim magnum masa hujan....sekarang ini plak memang musim hujan kan...pas ni aku nak layan aiskrim la cremia perisa almond gak...memang marveles la huhu...sudah terasa kenikmatannya walaupun masih belum ada di depan mata...dah terasa di lidah ni rasa aiskrimnya dan crunchnya almondnya huhu...

901 : telatah Nur Insyirah III...

alhamdulilah Nur Insyirah dah menjejaki umur 1 tahun 4 bulan...sekejap sahaja makin besar anak dara ibu dan ayah ni....masa cepat sungguh berlalu....


sekarang ni pantang bentang tikar sejadah, confirm Nur Insyirah yang dulu nak gi solat....Nur Insyirah dulu yang akan sujud....sejuk perut aku mengandungkan Nur Insyirah...segala perbuatan solat kita akan diperhatikan dan akan Nur Insyirah akan ikut...tapi dengan cara dia la...


kalu bunyi azan, mesti Nur Insyirah akan mengangkat takbir dan sebut perkataan "Allahu Akbar"....rasa seronok sangat aku melihat makin hari makin cerdik Nur Insyirah...

ibu dan ayah berharap sangat yang Nur Insyirah akan menjadi seorang anak yang solehah dan mithali...dan selalu mengingati Allah....

24 October 2013

900 : bersawang...

kesian kat blog ni kerana bersawang hampir 2 minggu...aku pun tak tahu apa yang aku sibukkan padahal takdela sibuk mana....maybe kebuntuan idea untuk menulis...

hari ini arwah bapak telah meninggalkan kami selama 64 hari bersamaan minggu ke 10 khamis....rasa sekejap sahaja masa berlalu....namun kenangan pahit 22 Ogos yang lalu masih bermain di fikiran aku ini....moga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman....insya'allah....

risau sungguh la dengan besok punya agenda....moga aku mendapat kekuatan dan ketenangan untuk menghadapi hari esok....esok adalah hari yang bakal mengubah fasa kehidupan aku jika aku berjaya menempuhinya....

Ya Allah moga aku dipermudahkan dalam segala urusan dan jangan disulitkan...

09 October 2013

899 : novel terkini...

alhamdulilah dapat juga aku mengemaskini blog kesayangan aku ini walaupun kepala sedang weng-weng...weng-weng kerana dugaan yang aku hadapi ketika ini...

alhamdulilah juga kerana Allah memberi kesempatan aku untuk pergi ke Pesta Karangkraf di Shah Alam hari ahad yang lalu...thanks to my hubby kerana sudi membawa aku dan memberi aku peluang menerjah serta membeli novel-novel kegemaran aku....


semuanya ada diskaun 30%...semua novel aku nak beli...tak sempat aku nak belek...bila penjaga buku kat situ kata novel ini best, aku amik je...tambahan plak novel tu penulis yang aku minat....tak sempat nak fikir kerana kesian kat Nur Insyirah dan suami yang kepanasan....cuaca yang amat panas hari tu membuatkan aku nak cepat-cepat balik...


antara hasil terjahan dan pembelian aku, aku beli 11 novel...antara novelis kegemaran aku adalah Aisya Sofea...dan novelis terbaru yang menjadi kegemaran aku iaitu Herna Diana...gara-gara membeli dan membaca novel Cinta 3 Suku, membuatkan aku membeli semua novel keluaran Herna Diana...

pasni aku akan balut semua novel kesayangan aku ini dan akan memulakan pembacaan...entah biler la nak abis membaca jika aku hanya baca di opis...huhu...layan kan jelah asalkan hati aku gembire...asalkan aku tenang dan tidak stress bila membaca novel-novel ini...terbuai dengan watak-watak di dalam novel ini dan jalan cerita yang menarik membuatkan aku lupa seketika tentang masalah yang berada di sekeliling aku....

04 October 2013

898 : diam lebih baik...

kata-kata pujangga yang menaikkan semangat dan ketenangan dalam hati....lebih baik diam dari bersuara...kerana bersuara lagi menyakitkan hati yang sememangnya sakit sekarang ini....moga kesabaran dan ketabahan menjadi milik aku ketika ini dan untuk selamanya....insya'allah...


Sumber : google...

02 October 2013

897 : dugaan demi dugaan...

dugaan demi dugaan yang aku terima sekarang...moga Allah perkuatkan semangat dan pertingkatkan kesabaran aku untuk menempuh segala dugaan ini...

moga ada hikmah dariMu Ya Allah....aku redha dan menerima segala ketentuan yang telah Kau tetapkan pada aku....

moga aku kuat untuk menghadapinya....insya'allah...

01 October 2013

896 : alhamdulilah...

walaupun sekarang ni mood tak berapa nak betul, namun Allah tetap sayangkan umatNya...Allah tetap memberikan berita gembire walaupun aku masih dirundung kesedihan dan kerinduan dengan arwah bapak...


semalam 30 September 2013 adalah hari kelahiran aku...alhamdulilah dalam jam 10 pagi aku dapat berita gembire kan hati....permohonan rumah aku di Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) telah diperolehi dan telah mendapat keputusannya semalam...sebelum ini hanya keputusan undi sahaja diumumkan pada 30 Ogos 2013 yang lalu...semalam result dan surat keputusan undi tersebut telah dikeluarkan...lega rasanya bila surat makluman tersebut dah keluar...insya'allah tak lama lagi aku dah ada rumah sendiri....jenuh juga nak mencari rumah ini sebenarnya....semuanya tak cukup kelayakan....bila ada je tawaran pasal PPA1M ni kuar, aku terus isi borang dan alhamdulilah....


malam tadi, hubby wat surprise dengan memberi hadiah....tak sangka ada jugak hadiah dari yang tersayang....almaklumlah dah tua kan, ingatkan takde sapa yang ingat....tak sangka ada juga present....

my hubby beri jam tangan...thanks to hubby kerana memberikan surprise ini...