Terima Kasih Sahabat

09 October 2013

899 : novel terkini...

alhamdulilah dapat juga aku mengemaskini blog kesayangan aku ini walaupun kepala sedang weng-weng...weng-weng kerana dugaan yang aku hadapi ketika ini...

alhamdulilah juga kerana Allah memberi kesempatan aku untuk pergi ke Pesta Karangkraf di Shah Alam hari ahad yang lalu...thanks to my hubby kerana sudi membawa aku dan memberi aku peluang menerjah serta membeli novel-novel kegemaran aku....


semuanya ada diskaun 30%...semua novel aku nak beli...tak sempat aku nak belek...bila penjaga buku kat situ kata novel ini best, aku amik je...tambahan plak novel tu penulis yang aku minat....tak sempat nak fikir kerana kesian kat Nur Insyirah dan suami yang kepanasan....cuaca yang amat panas hari tu membuatkan aku nak cepat-cepat balik...


antara hasil terjahan dan pembelian aku, aku beli 11 novel...antara novelis kegemaran aku adalah Aisya Sofea...dan novelis terbaru yang menjadi kegemaran aku iaitu Herna Diana...gara-gara membeli dan membaca novel Cinta 3 Suku, membuatkan aku membeli semua novel keluaran Herna Diana...

pasni aku akan balut semua novel kesayangan aku ini dan akan memulakan pembacaan...entah biler la nak abis membaca jika aku hanya baca di opis...huhu...layan kan jelah asalkan hati aku gembire...asalkan aku tenang dan tidak stress bila membaca novel-novel ini...terbuai dengan watak-watak di dalam novel ini dan jalan cerita yang menarik membuatkan aku lupa seketika tentang masalah yang berada di sekeliling aku....

No comments: