Terima Kasih Sahabat

31 October 2013

903 : fire drill KPWKM..

 bangunan KPWKM yang tersergam indah disyaki terbakar...

pagi tadi dalam jam 9.45 pagi deringan loceng yang panjang telah berbunyi dan menandakan opis KPWKM telah terbakar....tapi bukan terbakar yang betul, just latihan semata-mata...

kekawan BPM yang telah selamat...

yang pastinya, aku yang berada di aras 27 telah turun tangga dengan gigih dan bersemangatnya untuk menyelamatkan diri...takut plak rentung dan mati terbakar kat pejabat tu...dah jadi berita 'sensasi' plak...haha...



yang pastinya semua staf dah tahu hari ni akan berlakunya latihan kebakaran atau fire drill cuma jam berapa tidak pasti...kalu ikutkan hati nak turun je awal-awal sebelum lif dihentikan tapi macam tak real la plak kan...haha...

kekawan BPM yang telah selamat...

nah amik turun la dengan semangatnya kami semua warga KPWKM untuk menyelamatkan diri...makin turun makin mengigil kepala lutut...dah la kepala pening kerana tangganya berpusing-pusing....

pengurus aras 27 sedang mencatit nama yg terselamat...

dalam masa tengah turun tangga tu yang pastinya sempat berborak dan bergelak sakan...almaklumla dah sedia maklum kan yang pasti latihan kebakaran...cuba kalau kebakaran yang betul-betul, memang confirm semuanya berlari nak selamatkan diri...

aku tengok jam, dari aras 27 hingga ke bawah, amik masa dalam 10 minit untuk menyelamatkan diri....sampai je bawah, punye ramai la anggota bomba dan penyelamat yang lain sudah berkumpul....kami diarahkan berkumpul di dataran gemilang...dok lepak kat situ...bukan senang nak melepak kat dataran gemilang kan...selalunya tengok dari surau je...alih-alih harini kami semua bercekarama di dataran gemilang hehe...bukan senang kan....

ingat lagi kenangan semasa fire drill di wisma sime darby...masa tu kami baru di tingkat 4....tapi sekarang ni dah up 23 tingkat lagi....masa turun tangga tadi, setiap level di kira...nak 'menghilangkan' nombor 20-an dan 10-an tu bukan senang...bila dah sampai aras 9, nombor pun dah berbentuk satu je baru rasa lega...tapi masa tu lutut dah tak larat...

latihan kebakaran tamat dalam jam 11 pagi...naik pejabat kaki dah rasa lenguh, mengigil dan bila berjalan macam tak jejak tanah je...hope malam nati tak la sakit sesangat...takut esok pagi tak boleh nak jalan...huhu....

yang pastinya lepas latihan kebakaran ni, aku dan kekawan semuanya kelaparan kerana semua tenaga sudah dikeluarkan haha...apalagi lunch awal la kami hehe...

No comments: