Terima Kasih Sahabat

29 November 2013

906 : 100 hari...

29 November 2013 @ 14 Muharam 1435H, sudah 100 hari arwah bapak meninggalkan kami semua....begitu cepat masa berlalu namun kenangan akhir bersama arwah masih segar di ingatan ini...

Ya Allah, setiap masa fikiran ni teringatkan arwah...rasa rindu sangat pada arwah....

hari tu, kami sekeluarga melihat kembali gambar-gambar lama arwah...mak, adik-adik dan cucu-cucu semuanya melihat gambar-gambar yang ada gambar arwah...masa tu, kami semua mengimbas kembali kenangan dan memori bersama arwah...

aku ingat lagi, kali terakhir arwah bapak membawa kami adik beradik ke Muzium Negara dengan menaiki teksi dan bas...almaklumla arwah bapak tiada kereta...tapi itu la memori yang kami akan kenang dan simpan di dalam ingatan sehingga bila-bila...tak salah aku masa ke Muzium Negara tu umur aku dalam 15 tahun...memang dah lama arwah tidak membawa kami ke mana-mana coz arwah bukan sorang yang suka berjalan....dan sukar untuk arwah untuk bercuti kerana bekerja sendiri....tapi saat bercuti bersama-sama tu adalah kenangan yang tidak boleh dilupai....

moga arwah tenang dan damai di sana....aku akan sentiasa menyedekahkan surah al fatihah dan mendoakan kesejahteraan arwah di sana....

25 November 2013

905 : Selamat Hari Lahir...

25 Nov adalah tanggal kelahiran suami tersayang iaitu Hasrinor Hairi Hassan..


Selamat Hari Lahir abang....moga dipanjangkan usia, dimurahkan rezki, sihat selalu dan ceria-ceria selalu...moga abang akan dirahmati dan diberkati oleh Allah selalu hendakNya...moga segala yang diimpikan dan dicitakan akan diperolehi....moga abang akan bahagia selamanya bersama isteri, anak dan keluarga tersayang...

moga akan menjadi seorang suami yang mithali, seorang ayah yang bertanggungjawab dan seorang anak serta menantu yang solehah...insya'allah...

saya dan Nur Insyirah sayang sangat kat abang....moga hubungan cinta dan kasih sayang antara kita akan kekal untuk selamanya...insya'allah...


moga abang gembire menerima hadiah kelahiran daripada saya...moga abang akan mengingati setiap masa dan memori ketika kita bersama....

21 November 2013

904 : aku dalam kerinduan...

aku dalam kerinduan sesangat...rindu dengan arwah bapak....


sudah 92 hari @ 14 minggu arwah bapak meninggalkan dunia yang fana dan dunia yang penuh cabaran ini...

masa sekejap sahaja berlalu meninggalkan waktu...namun kenangan bersama arwah masih segar di ingatan....seboleh-bolehnya aku ingin menanam semua memori indah bersama arwah di dalam kota ingatan ku sehingga bila-bila....


aku rasa Nur Insyirah juga dalam kerinduan dengan arwah...masa bangun tido Jumaat lepas, Nur Insyirah terus panggil 'Atok' bila sedar je dari tido...aku kata mana atok...terus Nur Insyirah terpinga-pinga mencari-cari arwah...maybe Nur Insyirah bermimpikan arwah bermain dengan dengannya....menitis air mata aku bila melihat Nur Insyirah yang dalam kerinduan dengan arwah atoknya....
bila aku tanya atok mana, Nur Insyirah akan menunjuk gambar potret family yang ada gambar arwah di dinding...alhamdulilah Nur Insyirah masih mengenali atoknya walaupun atoknya dah meninggalkan dia selama 3 bulan lebih...aku harap daya ingatan Nur Insyirah tidak akan melupakan arwah atoknya....

Ya Allah, moga arwah bapak akan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan setiasa tenang di sana, insya'allah...