Terima Kasih Sahabat

29 November 2013

906 : 100 hari...

29 November 2013 @ 14 Muharam 1435H, sudah 100 hari arwah bapak meninggalkan kami semua....begitu cepat masa berlalu namun kenangan akhir bersama arwah masih segar di ingatan ini...

Ya Allah, setiap masa fikiran ni teringatkan arwah...rasa rindu sangat pada arwah....

hari tu, kami sekeluarga melihat kembali gambar-gambar lama arwah...mak, adik-adik dan cucu-cucu semuanya melihat gambar-gambar yang ada gambar arwah...masa tu, kami semua mengimbas kembali kenangan dan memori bersama arwah...

aku ingat lagi, kali terakhir arwah bapak membawa kami adik beradik ke Muzium Negara dengan menaiki teksi dan bas...almaklumla arwah bapak tiada kereta...tapi itu la memori yang kami akan kenang dan simpan di dalam ingatan sehingga bila-bila...tak salah aku masa ke Muzium Negara tu umur aku dalam 15 tahun...memang dah lama arwah tidak membawa kami ke mana-mana coz arwah bukan sorang yang suka berjalan....dan sukar untuk arwah untuk bercuti kerana bekerja sendiri....tapi saat bercuti bersama-sama tu adalah kenangan yang tidak boleh dilupai....

moga arwah tenang dan damai di sana....aku akan sentiasa menyedekahkan surah al fatihah dan mendoakan kesejahteraan arwah di sana....

1 comment:

MR Penyubiru said...

Al-Fatihah tuk arwah bapak ko yer..