Terima Kasih Sahabat

26 December 2014

930 : tahun 2014...

dah lama sangat aku tidak menulis...hampir 2 bulan lebih...dah ada juga kawan-kawan yang bertanya kenapa dah lama tak update...bukan sengaja takmo update tapi aku pun tak tahu kenapa makin hari makin malas dan liat nak menulis...buka je blog tapi niat nak menulis lari ntah ke mana...

family : macam-macam yang dah terjadi di dalam family 'kecik' aku terutamanya anak kesayangan aku Nur Insyirah...dalam masa 2 bulan setengah, Nur Insyirah dah kena penyakit HFMD dan chicken pop...selang sebulan Nur Insyirah kena penyakit berjangkit ini...dugaan dari Allah...nak menguji kesabaran dan menghapuskan dosa-dosa kecil yang telah kami lakukan...ini pun chicken pop Nur Insyirah masih ada lagi kesan parut yang belum hilang...kesian kat Nur Insyirah yang nak makan kicap tapi aku tak benarkan....nasib baikla anak kesayangan aku ini mendengar kata....

tempat kerja : pelbagai rintangan dan dugaan yang berlaku pada tahun ini di tempat kerja...kerja seorang ketua, pelbagai dugaan yang aku terima....namun aku redha dan pasrah...aku perlu kuat untuk menghadapi segalanya...almaklumla aku ini kan hanya pencacai je...bukan orang-orang besar....pejam celik pejam celik dah 9 tahun aku bekerja di jabatan ini...aku harapkan kedatangan tahun baru ini akan membuatkan kerja aku di sini juga bertambah baik dengan kedatangan bos baru...insya'allah...kita hanya merancang namun Allah menentukan segalanya....

lagi seminggu tamat sudah tahun 2014....tahun baru 2015 akan menjelma....tahun 2014 pelbagai perkara manis dan buruk yang berlaku di dalam diri aku dan family....yang di luar negara lagi pelbagai dan macam-macam....

aku berharap  kedatangan tahun 2015 akan menjadi tahun yang baik dan aku akan menjadi lebih tabah dan sabar menghadapi segala dugaan....moga aku akan menjadi seorang ibu yang tenang, sabar dan tabah melayan karenah Nur Insyirah dan 'kedatangan baby baru' (insya'allah).. moga aku akan dinaikkan pangkat insya'allah...dah 10 tahun aku servis di dalam perkhidmatan awam....aku berharap aku akan menjadi seorang anak yang mithali dan isteri yang solehah....pelbagai yang aku nakkan dan impikan pada tahun 2015 namun kita hanya mampu merancang dan menentukan segalanya adalah Allah...aku hanya memohon moga diperkenan segala doa...

27 October 2014

929 : Zoo Negara...




hari Sabtu yang lalu iaitu semasa Cuti Umum Awal Muharam, hubby sibuk nak bawa Nur Insyirah ke Zoo Negara....aku plak yang malas nak gi coz takut hujan je pastu plan yang jenis mengejut je...almaklum la nak masuk Zoo Negara sekarang ni bukannya murah....perlukan perancangan yang rapi gitu...baru la berbaloi-baloi kan...

tapi nak kenalkan sangat Nur Insyirah dengan lion, tiger, zebra, girafee, elephant dan macam-macam binatang, gagahkan juga la pergi walaupun dalam hati takut hujan je...sekarang ni kan memang musim hujan pada waktu petang....

kami sampai Zoo Negara jam 1.30 petang....semangat sungguh Nur Insyirah nak mengexplore apa itu Zoo Negara....bayaran masuk untuk orang dewasa Warganegara Malaysia adalah RM30 + MyKad...untuk kanak-kanak bawah 3 tahun adalah percuma...kalu nak masuk tengok panda perlu tambah RM20...kitorang amik tiket yang explore Zoo sahaja...


bersemangat aku melihat Nur Insyirah melihat binatang-binatang yang ada...teruja sesungguh Nur Insyirah...berjalan sakan sungguh...tengok girafee, lion, tiger, elephant...sampai dah separuh mengexplore Zoo Negara, Nur Insyirah dah pancit...dah tak larat nak berjalan...termasuk ibu dan ayah ye juga dah pancit huhu...rasa luas sangat Zoo Negara ini...


apa lagi bila dah penat mula la Nur Insyirah buat perangai....masuk kedai gift segala benda yang ada dalam kedai tu dia nak...nak bear, nak topi dan yang tak puas nak frame gambar yang kecik tapi harga nya memang tak munasabah...Nur Insyirah berimaginasi yang frame gambar tu adalah handphone...sabar jelah kan....apa lagi aku gi tukar frame gambar tu dengan beg panda...rasa tak puas ati sungguh la harga dia tu...tak reasonable sungguh....


memang satu pengalaman yang menarik apabila berjalan dengan anak ke Zoo Negara...selama ini hanya nampak binatang-binatang di dalam tv, gambar dan komputer je, kali ini bila nampak di depan mata, memang teruja sesangat Nur Insyirah...walalupun penat berjalan tapi puas ati dapat mengajar Nur Insyirah dunia binatang...alhamdulilah....

3 jam berjalan di dalam Zoo dengan melayan karenah Nur Insyirah memang mengujakan dan memberi pengalaman yang baru bagi Nur Insyirah...memang seronok sangat bila lihat Nur Insyirah boleh kenal binatang-binantang yang selalu disebut walaupun sebelum ini hanya dilihat di dalam gambar atau tv....banyak juga la pict dan video yang aku amik...lepas ni boleh la Nur Insyirah melihat pict dan video tersebut...

keluar je dari Zoo memang hujan selebat-lebatnya...memang rezki Nur Insyirah nak ke Zoo...pasni nak bawa Nur Insyirah gi jalan-jalan tempat lain plak...insya'allah...

14 October 2014

928 : diam lebih baik...

rindunya nak menulis di dalam blog ini...makin lama makin bersawang blog ini ditinggalkan oleh tuan badan....bukan sengaja tapi entah la sukar untuk diterjermahkan....

nak menulis tapi tidak tahu nak ceta pasal apa....yang pasti fikiran ni berserabut melayan karenah dan telatah manusia di sekeliling ini....tak ikut perangai orang tu pun salah...kalu ikutkan sangat, boleh jadi 'gila' kerana 'sakit' yang di bawa oleh 'orang itu'....oleh itu, berdiam lebih baik daripada bersuara....

kalu bersuara nati dikatakan kurang ajar walaupun apa yang kita katakan itu benar....

'orang itu' nak suruh kita ikut cara dia....iaitu cara yang tidak bersosial dengan orang sekeliling...jangan masuk campur jika ada apa-apa event walalupun yang berlaku di sekliling kita itu event gembira atau sedih....

bukan takut untuk melanggar arahan, tapi diam lebih baik dari bersuara...

05 September 2014

927 : hasil seni pertama...

dah bersawang dan berhabuk blog ini...bukan takmo update tapi tak tahu nak update apa...bila time banyak ceta masa tu la banyak kerja yang perlu dilakukan....bila keja tak berapa banyak masa tu la mood nak menulis tu takde...itu la alasan kan...



ini cerita bulan ogos hari tu...tapi nak dijadikan sebagai kenangan dan memori dalam kehidupan ini, aku gagahkan juga untuk menulis entry ni walaupun simple...

aku teruja melihat hasil seni pertama Nur Insyirah yang ditunjukkan oleh pengasuhnya di taska...rasa tak percaya yang anak aku dah besar rupanya....dah pandai pegang berus dan mewarna...walaupun tak tahu apa yang dilukis tapi yang pasti aku teruja dan terkasima...haha...ayat tak boleh bla kan...

balik aku terus tampal di peti ais sebagai kenangan....pasni boleh la aku belikan water color dan berus dan boleh la aku bagi Nur Insyirah main dengan color...biarkan Nur Insyirah berimaginasi dan berfikir apa yang hendak dilukis...

dah makin besar anak ibu...sekejap saja rasanya masa berlalu....

11 August 2014

926 : setahun sudah berlalu..



sekejap sahaja waktu berlalu...rasa baru sahaja aku mendapat khabaran yang bapak jatuh di tempat kerja....rasa baru sahaja aku memandang wajahnya....rasa baru sahaja aku berborak dengannya...rasa baru sahaja aku mencium wajahnya untuk kali terakhir...memang masa berlalu dengan pantas tanpa kita sedari....air mata ini masih menitis kerana kerinduaan teramat sangat...


namun memori dan ingatan aku pada tanggal 15 syawal 1434H jam 4.30 pagi masih bermain di fikiran....memori yang tidak akan aku lupakan sehingga bila-bila...aku masih lagi tidak percaya perkhabaran daripada doktor yang mengatakan yang ayah aku tidak dapat diselamatkan....aku rasa masih baru sahaja kenangan itu berlaku...aku harus pasrah dan redha dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan olehNya...

aku perlu tabah menghadapi segalanya....

semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada di kalangan mereka yang beriman....Al Fatihah...

01 August 2014

925 : Hari Raya Aidlilfitri 1435H...

sekejap sahaja dah raya hari ke 5....aku dah masuk opis dah....opis memang sunyi dan takde orang...

tahun ni punye raye tak semeriah tahun-tahun yang lepas...tahun pertama raye tanpa arwah bapak...yang pasti sejak dari petang raya aku dah sayu sangat....coz selalunya masa sibuk-sibuk memasak lauk pauk untuk hari raya, arwah bapak akan pasti sibuk menolong....aku rindu sangat dengan arwah bapak...aku rindu nak salam tangan arwah....menitis air mata ini bila mengenangkan saat-saat yang lepas....masa bulan syawal juga la arwah bapak meninggalkan kami semua...15 syawal 1434....sekejap sahaja dah hampir setahun arwah bapak pergi meninggalkan kami selamanya....


pagi raya pertama kami sekluarga pergi menziarahi kubur arwah bapak....rasa rindu sangat....hanya surah al fatihah, yassin dan doa yang dapat aku titipkan pada arwah bapak...moga arwah dicucuri rahmat dan tenang berada di sana....

 Nur Insyirah yang tersenyum gembire...

selepas balik dari kubur, kami semua adik beradik dan cucu-cucu beraya sesama kami....aku sefamily berwarna merah hati...mak dengan adik-adik plak berwarna coklat dan kakak kembar ku plak sefamily berwarna biru....cuma kedua-dua adik beradik lelaki ku sahaja yang tiada di dalam gambar kerana bekerja...

 kami sekeluarga yg berwarna merah hati...

 mak dan adik-adik yang bertema coklat....


 kakak kembar ku sefamily bertema biru...



alhamdulilah sambutan hari raya kali ini kami sambut dengan sederhana dan meriah walaupun arwah bapak tiada di samping kami...yang pasti selagi mak masih hidup kami adik beradik akan membahagiakan mak...kami nak mak gembire dan tidak berasa sunyi...insya'allah selagi mak masih bernyawa, aku ingin membalas segala jasa dan bakti ku pada mak....

26 June 2014

924 : Tantrum...


Nur Insyirah dah menjangkau umur 2 tahun...dan yang pasti pelbagai dan kaletah perangai baru yang Nur Insyirah cuba lakukan...

sekarang ini aku menghadapi masalah baru tentang Nur Insyirah....Nur Insyirah dah mula pandai mengamuk atau lebih spesifik dipanggil 'Tantrum'...

Kalu ikut dalam google yang aku explore tentang 'Tantrum' adalah:

Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu. 

Dan langkah yang perlu aku lakukan adalah untuk membantu dia menjadi tenang:






  • pegang anak seperti dalam gambar ini.
  • bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
  • baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
  • tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang 
  • JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.  

moga aku akan dapat bersabar dan menangani masalah Tantrum Nur Insyirah ini...dan aku berharap sangat aku dapat mengawal emosi aku sebenarnya...kerana aku sendiri sekarang ini dalam keadaan stress yang teramat sangat...jiwa kacau sebenarnya...moga Allah akan dapat membantu aku dan memberikan kesabaran yang teramat pada aku...kalu ikutkan hati aku tidak mahu marah Nur Insyirah...

aku teramat sayangkan puteri ku ini....bukan senang untuk mendapatkan Nur Insyirah ini...pelbagai dugaan yang aku dan hubby melaluinya...aku akan menyesal bila aku marah atau menjerit pada Nur Insyirah....tapi bila keadaan dah stress dan marah aku seakan-akan lupa sapa yang aku marah kan itu...kesian kat Nur Insyirah...

maafkan ibu Insyirah...bukan ibu sengaja nak marah Insyirah....

hope Nur Insyirah akan menjadi seorang anak yang mithali dan solehah...insya'allah...