Terima Kasih Sahabat

20 January 2014

911 : amat pasti, kesabaran...

dah hampir 2 minggu tidak menjenguk blog ini...gara-gara cuti yang panjang dan keputusan idea untuk menulis....banyak cerita tapi tidak tahu bagaimana untuk menulis....bagaimana untuk memulakannya dan mengakhirnya....oleh itu, langkah terbaik penulisan hanya berhenti di situ sahaja walaupun dalam kepala ini sendat dengan pelbagai cerita untuk dicoretkan...

ada kalanya bila nak mula sahaja, masa itu sibuk dengan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan....bila ada masa terluang, masa itu juga idea sudah kebuntuan...

macam-macam yang aku rasakan setelah hampir 20 hari menjejak di tahun 2014...ada cerita sedih, stress, gembira dan macam-macam perasan yang tidak dapat aku gambarkan....walaupun senyuman di wajah nampak manis, namun di dalam hati dan fikiran tiada sesapa yang tahu betapa dasyatnya apa yang berlaku dan terjadi...

yang pasti aku perlukan ketenangan, kesabaran dan ketabahan yang kuat untuk menghadapi hari-hari yang penuh dugaan dan berliku ini...moga kesabaran aku makin kukuh dan kuat walaupun hanya tinggal senipis kulit bawang....

07 January 2014

910 : ikan kukus kerapu...

hujung minggu yang lalu aku, hubby dan Nur Insyirah tak berapa sihat...hubby dan Nur Insyirah baru je baik dari demam dan aku plak baru diserang demam dan sakit perut...tekak ni plak tak lalu nak makan....tapi perut lapar dan kesian kat Nur Insyirah coz masih menyusu...



demi nak makan dan nak menyusukan Nur Insyirah aku teringin makan ikan masak kukus...aku tingin nak makan ikan bawal....bila pergi pasar di Presint 8, mencari ikan tu takde plak...kebetulan plak memang ikan takde plak dan harga ikan melambung-lambung sekarang ini kerana musim tengkujuh...

disebabkan terlalu teringin aku ajak hubby gi Big Aeon di Alamanda untuk mencari ikan...ada ikan bawal emas sahaja...ikan bawal tu aku tak pernah makan...nasib baik ada ikan kerapu...aku beli 2 ekor ikan kerapu...bahan-bahan lain semuanya yang aku dah beli cuma nak mencari ikan sahaja....

alhamdulilah dapat juga aku masak ikan kukus kerapu walaupun ikan yang aku teringin nak makan tu tak dapat huhu...lain kali la plak masak ikan bawal plak...semuanya aku campak dalam tu...cendawan tiram, cendawan butang, tomato, putik jagung dan sayur campur...semuanya ada...kirenya sekali masak semuanya ada...protein dan vitamin-vitamin daripada sayur-sayuran...

06 January 2014

909 : crunchy almond...

alhamdulilah impian nak membuat sendiri crunchy almond berjaya juga...crunchy almond adalah satu kudapan yang sekarang ni laris di pasaran dan bagi aku agak mahal jugak harganya...that why teringin nak membuatnya sendiri huhu...

walaupun rupa tak cantik macam blog masakan azlita tu, yang pasti aku puas ati wat sendiri...

aku amik resipi ni dari blog Azlita masam manis...memang patut mahal pun harga cookies ni coz bahan-bahan nya pun boleh tahan harganya...tapi sedap punya pasal dan bersemangat nak buat sendiri pejamkan je la mata ni....

aku buat masa hari Jumaat pas balik dari keja...aku minta bantuan adik-adik aku untuk menolong...takkan aku nak angkut balik oven balik ke rumah...memang tak berbuat la dengan melayan si kecik Nur Insyirah tu...

alhamdulilah tak sampai sejam cookies tu siap di buat...aku hanya buat sikit sahaja untuk cubaan pertama katanya....memang mudah untuk membuatnya...cuma kita kena cekap dan cepat...kalu tak memang hangus cepat la cookies tu...dan lagi satu memang pas kuar dari oven kena cepat-cepat potong kepada kepingan-kepingan kecik....coz cookies tu cepat mengeras....

alhamduillah dapat juga membuatnya crunchy almond....pasni aku nak cuba resipi-resipi lain plak....hope aku rajin la untuk memasak dan mengupdate blog pasni...kesian kat blog aku yang aku biarkan kegersangan huhu...

03 January 2014

908 : hanya tinggal kenangan...

tiada ucapan kelahiran lagi yang perlu diucapkan, tiada kek yang perlu dibeli untuk meraikannya, namun hanya kenangan dan memori sahaja yang bertandang dan bermain-main di fikiran sekarang ini...



tanggal 3 Januari adalah tanggal kelahiran arwah bapak...namun kini arwah telah meninggalkan kami semua....rasa baru je semalam aku bercakap dengan arwah tapi arwah telah meninggalkan kami semua selama 135 hari...rasa sekejap sahaja masa berlalu....hanya batu nisan menjadi tanda dan memori kami....

apa yang mampu aku lakukan sekarang ini, hanya mendoakan agar rohnya di tempat di kalangan mereka yang beriman, jauhi daripada azab kubur dan sentiasa tenang di sana....aku hanya mampu berdoa dan moga doa aku sebagai seorang anak akan diterima oleh Allah....

insya'allah aku tidak akan melupakan arwah sehingga akhir hayat aku...aku terlalu merindui arwah....