Terima Kasih Sahabat

20 January 2014

911 : amat pasti, kesabaran...

dah hampir 2 minggu tidak menjenguk blog ini...gara-gara cuti yang panjang dan keputusan idea untuk menulis....banyak cerita tapi tidak tahu bagaimana untuk menulis....bagaimana untuk memulakannya dan mengakhirnya....oleh itu, langkah terbaik penulisan hanya berhenti di situ sahaja walaupun dalam kepala ini sendat dengan pelbagai cerita untuk dicoretkan...

ada kalanya bila nak mula sahaja, masa itu sibuk dengan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan....bila ada masa terluang, masa itu juga idea sudah kebuntuan...

macam-macam yang aku rasakan setelah hampir 20 hari menjejak di tahun 2014...ada cerita sedih, stress, gembira dan macam-macam perasan yang tidak dapat aku gambarkan....walaupun senyuman di wajah nampak manis, namun di dalam hati dan fikiran tiada sesapa yang tahu betapa dasyatnya apa yang berlaku dan terjadi...

yang pasti aku perlukan ketenangan, kesabaran dan ketabahan yang kuat untuk menghadapi hari-hari yang penuh dugaan dan berliku ini...moga kesabaran aku makin kukuh dan kuat walaupun hanya tinggal senipis kulit bawang....

No comments: