Terima Kasih Sahabat

12 February 2014

914 : lasagna...

2 minggu lepas aku mencuba resipi lasagna yang tidak pernah aku masak sebelum ini...aku pernah rasa dan lihat sahaja...aku cuba mencabar diri untuk masak lasagna ni atas dorongan hubby yang tersayang....

cubaan kali pertama, apa yang dapat aku nilaikan adalah menjadi tapi tidaklah sempurna seperti chef-chef yang masak...asalkan ada rasa dan rupa...dan yang penting my hubby kata sedap....cubaan pertama ini, lasagna aku ini agak keras di bahagian atasnya maybe aku tak rendam kepingan lasagna tu kot...insya'allah aku akan cuba lagi....masak lasagna kali pertama ni aku berpandukan resipi dari sorang blogger iaitu Cahaya Cinta Ku...

 oven pembakar baru...


yang tak boleh bla nye, aku siap beli oven baru lagi semata-mata untuk masak lasagna ni...punye la bersemangat nak memasaknya...sabar jelah kan...hope pas ni aku akan rajin untuk memasak benda-benda yang lain menggunakan oven ni...jangan hangat-hangat tahi ayam je huhu....bukan setakat oven je yang aku beli tempat bakar lasagna pun aku beli....beli jangan tak beli...

bahan-bahannya...

aku membeli bahan-bahan untuk resipi lasagna ni di Aeon Big Alamanda....puas juga la mencarinya...ada juga bahan yang takde iaitu keju Parmesan...nasib baik la keju Parmesan ni tak wajib....kalu tak mesti tak jadi lasagna aku kan....padahal memang tak jadi pun...

sos merah....

aku masak sos merahnya dulu...yang ni memang senang coz aku selalu masak spagethi...takde la susah mana pun...yang kelakarnya, kertas resipi ada saje di sisi aku...haha...memang lawak la masa aku masak lasagna...punye takut tersalah step....

sos putih...

pas masak sos merah, aku masak sos putihnya plak...masa masak sos putihnya ni memang aku berdebar-debar sikit...coz aku tak pernah masak dan tak boleh nak bayangkan apa yang akan jadi...nasib baik aku dah minta tunjuk ajar dari sifu iaitu kak shidah...takdelah mengelabah sangat....tapi masa masak sos putih ni aku jadi terkejut coz tiba-tiba dari cair jadi pekat setelah letak keju cheddar...nasib baik aku cepat tutup api kalu tak mahu lagi pekat huhu...

lasagna yang belum dibakar...

pastu aku mula melapis kan lasagna ni....aku jadi kelam kabut gak....sifu kata aku perlu rendam je kepingan lasagna...tapi masa aku rendam dengan air panas tu, kepingan lasagna tu melekat antara satu sama lain...bila aku tarik kepingan lasanga tu jadi pecah-pecah...aku buat jela ikut resipi aku iaitu untuk lapisan atas sekali aku tak rendam...aku letak sekeping-sekeping macam gitu dan terus tabur keju mozarela....bila masak aku tengok lapisan lasangna yang atas tu jadi pelik dan berlekok ke atas kerana keras....haha...belajar dari kesilapan, nati nak masak akan datang aku perlu celur kan kepingan lasagna tu...baru la jadi lembut....


 dalam proses pembakaran....

lasagna aku ada 2 lapisan sahaja kerana ketinggian dulang pembakar aku yang tak tinggi....jadi la daripada tak jadi kan...memang semerbak la bau lasagna ni masa tengah masak...sampaikan my hubby tak sabar nak tunggu lasangna ni masak...my hubby yang excited tengok masa proses pembakaran ni...dan dia juga la yang mengambil pict masa proses pembakaran ini....


alhamdulilah walaupun tak berapa nak jadi dan cantik, yang pasti aku dah masak lasagna aku sendiri...insya'allah aku akan cuba akan datang dan hope hasillnya akan lebih mantap...bila masak sendiri ni confirm berulang kali memakannya....makan sampai puas katanya...

10 February 2014

913 : Nur Insyirah ke taska...

Alhamdulilah...sudah 5 hari dan masuk minggu ke-2 Nur Insyirah sudah duduk di Taska Nur KPWKM....

yang pastinye setiap pagi akan menangis bila aku nak tinggalkan di taska...yang pastinya aku kena kuatkan semangat dan berhati kering masa aku nak tinggalkan Nur Insyirah...

Nur Insyirah hari pertama...yang masih tidak tahu apa-apa...

hari pertama sahaja yang aku tengok Nur Insyirah tidak menangis masa aku tinggalkan coz dia tidak tahu yang dia akan ditinggalkan...tapi hari ke dua Nur Insyirah dah pandai dan tahu yang aku akan tinggalkan dia di situ....

Nur Insyirah hari kedua yang nak buat 'peace'...

aku selalu berdoa moga Nur Insyirah dipermudahkan untuk duduk di taska kerana aku masih trauma dengan kejadian semasa Nur Insyirah berusia 10 bulan...aku masukkan Nur Insyirah di taska Presint 14...duduk di situ 10 hari dan demam 3 minggu....maybe kebetulan tak serasi kot....masuk wad di Pediatrik selama 4 hari 3 malam terus aku tinggalkan Nur Insyirah di rumah opahnya kembali...

Nur Insyirah masa nak balik hari keempat...

namun bila dapat panggilan dari Taska Nur ini, aku perlu ambil peluang in kerana aku dah menunggu untuk masuk di taska ini sejak Nur Insyirah berusia 3 bulan dan aku serta hubby juga dah tak larat untuk berulang alik Putrajaya - KL - Putrajaya setiap hari....walaupun aku terpaksa memisahkan Nur Insyirah dengan opahnya, aku perlu berkorban...aku juga tidak mahu menyusahkan mak aku lagi...kesian kat mak yang telah bersusah payah untuk menjaga Nur Insyirah...aku perlu beri mak aku berehat sepenuhnya kerana kekadang kesihatan mak yang tidak mengizinkan....aku mengambil keputusan yang tepat....aku perlu ambil peluang ini...aku berharap sangat Nur Insyirah akan ok bila tinggal di taska ini....

pagi ini Nur Insyirah buat muka sedih sangat....aku cakap dengan Nur Insyirah " yang ibu dan ayah perlu gi kerja, Nur Insyirah kena duduk taska...nati petang ibu amik kita balik rumah ye..."aku harap sangat yang Nur Insyirah faham...memang kesian je tengok muka sedih Nur Insyirah tadi...namun untuk mencari rezki aku perlu kuat dan berhati kering....moga keputusan aku meletakkan Nur Insyirah di taska ini adalah betul dan benar...insya'allah...

05 February 2014

912 : Selamat Ulangtahun Sayang...

alhamdulilah tanggal 5 Februari menjelma lagi...membuatkan usia perkahwinan aku dan husband sudah berusia ke 9 tahun....

rasa sekejap sahaja...namun itu kenyataannya...pelbagai dugaan, cabaran, pahit, getir, manis dan pelbagai rasa yang mewarnai suka duka kehidupan berumah tangga kami berdua...

7 tahun hidup berdua sahaja...pelbagai tohmahan dan kata-kata yang kami terima...kena pekakkan telinga dan butakan mata sahaja...hanya kami berdua sahaja yang mengetahui mengapa kami berdua...

dan sudah 2 tahun hidup kami bertiga setelah kehadiran cahaya mata yang teramat kami sayang pada tahun 2012 iaitu Nur Insyirah....diam segala mulut-mulut yang selama ini berbunyi dan berbisa itu setelah lahirnya cahaya mata ini...aku ingat lagi, ada sorang makcik tu siap tak percaya yang Nur Insyirah tu anak aku sendiri...coz mati-mati dia ingatkan aku dan husband ni mandul dan tak mampu ada anak....itu antara dugaan yang kami berdua menerima nya...

tapi alhamdulilah kami tetap bersama untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran dari Alllah...moga hubungan cinta kami akan kekal sehingga ke Jannah....moga aku akan menjadi seorang isteri yang mithali dan ibu yang solehah....