Terima Kasih Sahabat

05 February 2014

912 : Selamat Ulangtahun Sayang...

alhamdulilah tanggal 5 Februari menjelma lagi...membuatkan usia perkahwinan aku dan husband sudah berusia ke 9 tahun....

rasa sekejap sahaja...namun itu kenyataannya...pelbagai dugaan, cabaran, pahit, getir, manis dan pelbagai rasa yang mewarnai suka duka kehidupan berumah tangga kami berdua...

7 tahun hidup berdua sahaja...pelbagai tohmahan dan kata-kata yang kami terima...kena pekakkan telinga dan butakan mata sahaja...hanya kami berdua sahaja yang mengetahui mengapa kami berdua...

dan sudah 2 tahun hidup kami bertiga setelah kehadiran cahaya mata yang teramat kami sayang pada tahun 2012 iaitu Nur Insyirah....diam segala mulut-mulut yang selama ini berbunyi dan berbisa itu setelah lahirnya cahaya mata ini...aku ingat lagi, ada sorang makcik tu siap tak percaya yang Nur Insyirah tu anak aku sendiri...coz mati-mati dia ingatkan aku dan husband ni mandul dan tak mampu ada anak....itu antara dugaan yang kami berdua menerima nya...

tapi alhamdulilah kami tetap bersama untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran dari Alllah...moga hubungan cinta kami akan kekal sehingga ke Jannah....moga aku akan menjadi seorang isteri yang mithali dan ibu yang solehah....

No comments: