Terima Kasih Sahabat

10 February 2014

913 : Nur Insyirah ke taska...

Alhamdulilah...sudah 5 hari dan masuk minggu ke-2 Nur Insyirah sudah duduk di Taska Nur KPWKM....

yang pastinye setiap pagi akan menangis bila aku nak tinggalkan di taska...yang pastinya aku kena kuatkan semangat dan berhati kering masa aku nak tinggalkan Nur Insyirah...

Nur Insyirah hari pertama...yang masih tidak tahu apa-apa...

hari pertama sahaja yang aku tengok Nur Insyirah tidak menangis masa aku tinggalkan coz dia tidak tahu yang dia akan ditinggalkan...tapi hari ke dua Nur Insyirah dah pandai dan tahu yang aku akan tinggalkan dia di situ....

Nur Insyirah hari kedua yang nak buat 'peace'...

aku selalu berdoa moga Nur Insyirah dipermudahkan untuk duduk di taska kerana aku masih trauma dengan kejadian semasa Nur Insyirah berusia 10 bulan...aku masukkan Nur Insyirah di taska Presint 14...duduk di situ 10 hari dan demam 3 minggu....maybe kebetulan tak serasi kot....masuk wad di Pediatrik selama 4 hari 3 malam terus aku tinggalkan Nur Insyirah di rumah opahnya kembali...

Nur Insyirah masa nak balik hari keempat...

namun bila dapat panggilan dari Taska Nur ini, aku perlu ambil peluang in kerana aku dah menunggu untuk masuk di taska ini sejak Nur Insyirah berusia 3 bulan dan aku serta hubby juga dah tak larat untuk berulang alik Putrajaya - KL - Putrajaya setiap hari....walaupun aku terpaksa memisahkan Nur Insyirah dengan opahnya, aku perlu berkorban...aku juga tidak mahu menyusahkan mak aku lagi...kesian kat mak yang telah bersusah payah untuk menjaga Nur Insyirah...aku perlu beri mak aku berehat sepenuhnya kerana kekadang kesihatan mak yang tidak mengizinkan....aku mengambil keputusan yang tepat....aku perlu ambil peluang ini...aku berharap sangat Nur Insyirah akan ok bila tinggal di taska ini....

pagi ini Nur Insyirah buat muka sedih sangat....aku cakap dengan Nur Insyirah " yang ibu dan ayah perlu gi kerja, Nur Insyirah kena duduk taska...nati petang ibu amik kita balik rumah ye..."aku harap sangat yang Nur Insyirah faham...memang kesian je tengok muka sedih Nur Insyirah tadi...namun untuk mencari rezki aku perlu kuat dan berhati kering....moga keputusan aku meletakkan Nur Insyirah di taska ini adalah betul dan benar...insya'allah...

3 comments:

Siti Fatimah said...

tahniah nur insyirah! :)

risanur said...

siti fatimah >> tq antie timah :)

rosizyani said...

boleh x bagi nombor fon taska nur ni? tq in advance...