Terima Kasih Sahabat

18 March 2014

916 : relax..

sumber : google

aku perlukan 'butang' ketenangan ketika ini...
aku perlukan ketenangan daripada segala masalah yang berserabut di dalam kepala aku ketika ini....
aku jadi stress bila fikir segala-galanya....
aku jadi penat walaupun kat opis tiada keja yang mendesak sangat...
aku jadi cepat lelah dengan segalanya...
aku jadi cepat baran walaupun Nur Insyirah buat kesalahan kecil...
aku jadi cepat letih....

aku tidak tahu sehingga bila aku akan diduga oleh Allah dengan ujian ini...
walaupun aku cuba buat bodoh dan takmo fikir namun bila di opis perkara ini yang aku fikir...
aku perlu fikir juga kerana masalah tu ada di sekeliling tempat keja aku....
aku cuba menjauhkan diri namun tidak boleh...
aku tidak tahu nak buat cara apa lagi....
aku tidak mahu benda-benda ini menjadi 'racun' dalam hidup aku sendiri...
kerna perangai dan sikap orang lain aku perlu berpura-pura menjadi manusia lain...

aku perlu pasrah...
aku perlu redha...
menerima segala kehendak dan ujian drNya...

kesian Nur Insyirah kerana masalah ini...
Nur Insyirah yang kena marah...
yang kena tempiasnya...
kerana kekadang aku tidak boleh mengawal nafsu kemarahan aku...

aku perlukan ketenangan...
aku perlukannya...
hanya PadaMU aku memohon Ya Allah...
moga aku tabah menghadapi segalanya...

04 March 2014

915 : genap sebulan...


 sudah genap sebulan Nur Insyirah duduk di taska mulai 4 Februari 2014 yang lepas...sekejap je rasa tapi dah banyak perubahan yang Nur Insyirah lalui...yela dulu duduk sorang-sorang dan asyik berkepit je dengan Opahnya...kalu dengan Opah apa sahaja yang diminta akan dipenuhi...menyusu tak kira masa....dan pa sahaja yang Nur Insyirah nak buat boleh je...


 tapi sekarang ni Nur Insyirah perlu mengikut masa yang telah ditetapkan di taska...waktu makan, waktu menyusu, waktu tido dan waktu main/aktiviti...aku lihat Nur Insyirah makin hari dah makin banyak perubahan yang berlaku...dulu masa minggu pertama dan kedua masa nak hantar tu, nampak je pintu taska akan minta dukung dan terus menangis...sekarang alhamdulilah dah makin ok...tengok pintu taska dah tak nangis dan hari ni juga telah mencipta sejarah yang Nur Insyirah dah tak nangis masa aku tinggalkan...alhamdulilah...doa aku setiap hari agar Nur Insyirah serasi duduk di taska telah dimakbulkan oleh Allah...


Nur Insyirah juga dah pandai makan sendiri...sekarang walaupun makan kat rumah sibuk sangat nak suap sendiri dan sibuk juga nak suap ibu dan ayah...kalu kita takmo bukak mulut mesti Nur Insyirah akan panggil ibu, ibu banyak kali sampailah kita buka mulut...rasa tak samapi ati plak bila tak buka mulut masa Nur Insyirah nak menyuapnya...Nur Insyirah juga dah pandai menyuap tangan ke mulut walaupun bersepah-sepah la...ada kerja lain yang menati iaitu mengemas lepas Nur Insyirah makan...

pengasuh Nur Insyirah cakap kat aku, yang Nur Insyirah ni banyak mulut di kalangan umur dia (toddler) iaitu seramai 12 orang...dan Nur Insyirah juga dah pandai menyebut nama kawan-kawan dia walaupun baru duduk di taska 4 minggu...alhamdulilah...berkat aku suka bercakap dengan Nur Insyirah ketika mengandung dan pada masa lapang...aku memang suka melayan Nur Insyirah bercakap...that why anak aku ni memang banyak mulut dan bercakap tanpa pelat...alhamdulilah....

Nur Insyirah juga dah pandai menyanyi dan melakukan gaya...Nur Insyirah akan melakukan gaya-gaya tersebut bila di rumah...aku dan hubby memang suka melihat Nur Insyirah menyanyi dan melakukan gaya-gaya tersebut...

aku mohon agar Nur Insyirah akan lebih serasi dan tak menangis lagi duduk di taska....moga pelbagai perubahan positif akan berlaku untuk Nur Insyirah...insya'allah...