Terima Kasih Sahabat

04 March 2014

915 : genap sebulan...


 sudah genap sebulan Nur Insyirah duduk di taska mulai 4 Februari 2014 yang lepas...sekejap je rasa tapi dah banyak perubahan yang Nur Insyirah lalui...yela dulu duduk sorang-sorang dan asyik berkepit je dengan Opahnya...kalu dengan Opah apa sahaja yang diminta akan dipenuhi...menyusu tak kira masa....dan pa sahaja yang Nur Insyirah nak buat boleh je...


 tapi sekarang ni Nur Insyirah perlu mengikut masa yang telah ditetapkan di taska...waktu makan, waktu menyusu, waktu tido dan waktu main/aktiviti...aku lihat Nur Insyirah makin hari dah makin banyak perubahan yang berlaku...dulu masa minggu pertama dan kedua masa nak hantar tu, nampak je pintu taska akan minta dukung dan terus menangis...sekarang alhamdulilah dah makin ok...tengok pintu taska dah tak nangis dan hari ni juga telah mencipta sejarah yang Nur Insyirah dah tak nangis masa aku tinggalkan...alhamdulilah...doa aku setiap hari agar Nur Insyirah serasi duduk di taska telah dimakbulkan oleh Allah...


Nur Insyirah juga dah pandai makan sendiri...sekarang walaupun makan kat rumah sibuk sangat nak suap sendiri dan sibuk juga nak suap ibu dan ayah...kalu kita takmo bukak mulut mesti Nur Insyirah akan panggil ibu, ibu banyak kali sampailah kita buka mulut...rasa tak samapi ati plak bila tak buka mulut masa Nur Insyirah nak menyuapnya...Nur Insyirah juga dah pandai menyuap tangan ke mulut walaupun bersepah-sepah la...ada kerja lain yang menati iaitu mengemas lepas Nur Insyirah makan...

pengasuh Nur Insyirah cakap kat aku, yang Nur Insyirah ni banyak mulut di kalangan umur dia (toddler) iaitu seramai 12 orang...dan Nur Insyirah juga dah pandai menyebut nama kawan-kawan dia walaupun baru duduk di taska 4 minggu...alhamdulilah...berkat aku suka bercakap dengan Nur Insyirah ketika mengandung dan pada masa lapang...aku memang suka melayan Nur Insyirah bercakap...that why anak aku ni memang banyak mulut dan bercakap tanpa pelat...alhamdulilah....

Nur Insyirah juga dah pandai menyanyi dan melakukan gaya...Nur Insyirah akan melakukan gaya-gaya tersebut bila di rumah...aku dan hubby memang suka melihat Nur Insyirah menyanyi dan melakukan gaya-gaya tersebut...

aku mohon agar Nur Insyirah akan lebih serasi dan tak menangis lagi duduk di taska....moga pelbagai perubahan positif akan berlaku untuk Nur Insyirah...insya'allah...

2 comments:

Mira Faizura said...

kak..pekabar? dh besar dh insyirah... cpt jer masa berlalu... irfan pn x lama lg nk antar ke taska jugak... xtaulah mcm mana die nnti

risanur said...

Mira >> akak kabar baik...sekejap je dah nak 2 thn bulan Jun ni...memang sekejap sahaja masa berlalu..gud luck to irfan utk ke taska...kena siapkan mental yg kuat ye...