Terima Kasih Sahabat

16 April 2014

920 : Happy AnNivesarY...

Happy 16 years anniversary, happy birthday golden icon with diamonds, vector illustration  Stock Vector - 11860241

 
Selamat Ulangtahun Percintaan yang ke 16 abang...moga perhubungan percintaan kita akan kekal untuk selamanya....

moga bunga-bunga cinta kita akan sentiasa mekar dan segar walaupun kekadang ada ribut taufan yang melanda...moga kita berdua akan tabah dan sabar menghadapi segala dugaan di alam berumah tangga...insya'allah...

saya sayang abang...


Image

15 April 2014

919 : Perkembangan Nur Insyirah..



alhamdulilah Nur Insyirah dah hampir mencapai umur 2 tahun...lebih tepat lagi sekarang ni Nur Insyirah dah berusia 1 tahun 10 bulan....rasa sekejap sahaja masa berlalu...memang benar masa berlalu dengan teramat pantas dan laju tanpa kita sedari...


dalam sedar tak sedar pelbagai perkara baru yang Nur Insyirah dah terokai...macam-macam benda dan pengalaman baru yang Nur Insyirah pelajari....alhamdulilah...antaranya :

  • Nur Insyirah suka menyanyi lagi The Wheel of The Bus sambil membuat gaya dan suka sebut perkata "All Through The Town"...antara lirik lagu yang ada...Nur Insyirah akan minta pasang lagu tu kat handphone atau komputer dengan menyebut "swish, swish"...memang secara automatik aku pun faham apa yang Nur Insyirah nak...
  • alhamdulilah dah mula berselera makan sejak makan multivitamin....dah terasa hantap badannya...dan kehantapan badan Nur Insyirah sudah mula dirasai oleh ayah dan opahnya ketika mendukungnya...
  • gigi yang tumbuh dah hampir penuh...ada 4 batang gigi taring...dah yang pastinya Nur Insyirah paling tak suka gosok gigi...memang kena banyak bersabar bila nak suruh Nur Insyirah gosok gigi...kena soh Nur Insyirah buat gaya macam Upin Ipin gosok gigi...sabar jelah kan...
  • pantang jumpa huruf di dinding, suratkhabar atau di mana-mana sahaja...confirm Nur Insyirah akan sebut A-Ayah, I-Ibu, O-Opah, U-Ucu, T-Tok Wan, M-Mata...alhamdulilah walaupun baru beberapa huruf yang baru aku kenalkan pada Nur Insyirah, dia dah mula kenal dan tahu apa yang dia sebut...sikit-sikit dahulu pasni baru keseluruhan huruf...
  • lagi satu perkara yang Nur Insyirah suka buat adalah, bila turun tangga atau naik tangga akan mula mengira One, Two, Three....walaupun berterabur susunannnya, Nur Insyirah akan berusaha untuk menyebutnya...
  • yang pasti Nur Insyirah suka menjerit apabila kemahuannya tidak dituruti...Nur Insyirah akan membentak marah...aku tidak tahula dari mana Nur Insyirah belajar wat perkara ni...
  • lagi satu Nur Insyirah akan mula mencampak barang di tangannya apabila kemahuannya tidak dituruti...memang kena banyak bersabar sekarang ni dengan dia...
  • setiap kali sampai je rumah (balik dari taska), perkara rutin yang akan Nur Insyirah lakukan adalah minta vitamin dan air oren...kekadang tu belum sempat tutup pintu lagi, Nur Insyirah dah mula minta...sabar jelah...
  • alhamdulilah setakat ni, jika Nur Insyirah main mainan yang ada, Nur Insyirah akan mengemas setelah habis main..tapi kena ikut mood juga la...kalu mood tak ok tu, aku akan pujuk Nur Insyirah untuk mengemas sama-sama...aku mahu Nur Insyirah bertanggungjawab apa yang dia buat...


insya'allah aku akan cuba mengajar apa yang diperlukan seorang anak... aku tidak mahu menekan Nur Insyirah...aku dan hubby akan mengajar dengan slow-slow tanpa tekanan...jika dia tidak mahu ikut, aku akan cuba slow-slow...tapi kalu ada yang Nur Insyirah suka buat, aku akan galakkan...

moga Nur Insyirah akan menjadi seorang anak yang berakhlak, berdisplin, bertanggungjawab, lembut hati, mendengar kata...semua ibu dan ayah nak yang terbaik untuk anaknya...begitu juga aku dan hubby...nak yang terbaik untuk anak...

14 April 2014

918 : Selamat Bersara..



Selamat Bersara pada Kak Halimah Latiff....tak salah aku sudah hampir 6 tahun kak limah berkhidmat di BPM dan sebagai penjawat awam hampir 35 tahun...dah hampir sebaya umur aku dah....masa aku berumur setahun kak limah dah mula berkhidmat sebagai penjawat awam iaitu pada tahun 1979...


last week hari Jumaat, kami kawan-kawan di pejabat telah membuat satu majlis kecil-kecilan yang istimewa untuk kak limah...yang besar-besaran insya'allah akan diadakan kemudian....


aku ingin ucapkan jutaan terima kasih pada kak halimah kerana banyak memberi teguran, nasihat dan tunjuk ajar sepanjang aku mengenali beliau...banyak tunjuk ajar yang diberikan pada aku terutamanya pasal buat surat atau memo...almaklumla orang lama punye teguran memang wajar diambil perhatian....coz semua teguran dan tunjuk ajar yang diberikan pada aku akan aku ikut dan simpan di dalam kepala untuk digunakan pada kemudian hari kelak...bukan senang nak dapat ilmu dari orang lama gitu...selepas ni kat BPM dah takde orang lama lagi untuk dijadikan rujukan dan panduan...


selepas ini yang pastinya aku akan merindui kak limah...setiap kali nak gi sarapan dan makan tengahari kami akan pergi bersama...selepas ini hilang la sorang kawan makan kami di BPM...akan rindu cara kak limah makan....

semoga kak halimah akan berjaya pada masa akan datang....jangan lupakan aku dan kawan-kawan di BPM ini...semoga kak limah akan berjaya pada masa akan datang...

10 April 2014

917 : Sambutan Besday Mak...

alhamdulilah dapat juga kami adik beradik membuat sambutan besday mak yang ke 58 pada 30 Mac 2014 yang lalu...walaupun terlewat 4 hari daripada besday asal mak...


sambutan besday mak ni kami sambut hanya di kalangan adik beradik dan cucu-cucu sahaja...walaupun ringkas yang pasti meriah dan gembire bila dapat berkumpul dan meraikannya bersama...


makanan yang ada untuk majlis tu adalah KFC, pulut kuning makan bersama sambal ikan bilis dan kari daging, bihun goreng dan penyeri majlisnya mesti la kek hari jadi...

yang kelakarnya, Nur Insyirah tak pandai nak tiup lilin seperti sepupu-sepupu nya yang lain coz masih blur apa itu tiup lilin....memang nak kena ajar selepas ni coz bulan Jun dah tak lama lagi...nati boleh la buat sambutan besday Nur Insyirah....

Selamat Hari Lahir Mak...semoga mak akan dipanjangkan usia, dimurahkan rezki, jauh dari segala penyakit dan dugaan yang buruk...dan semoga mak akan ceria dan gembire di samping anak-anak dan cucu-cucu tersayang....

buat pertama kalinya sambutan besday mak tanpa kehadiran arwah bapak....sekejap sahaja dah 8 bulan arwah bapak meninggalkan kami semua...semoga rohnya di tempatkan di kalangan mereka yang beriman...