Terima Kasih Sahabat

10 April 2014

917 : Sambutan Besday Mak...

alhamdulilah dapat juga kami adik beradik membuat sambutan besday mak yang ke 58 pada 30 Mac 2014 yang lalu...walaupun terlewat 4 hari daripada besday asal mak...


sambutan besday mak ni kami sambut hanya di kalangan adik beradik dan cucu-cucu sahaja...walaupun ringkas yang pasti meriah dan gembire bila dapat berkumpul dan meraikannya bersama...


makanan yang ada untuk majlis tu adalah KFC, pulut kuning makan bersama sambal ikan bilis dan kari daging, bihun goreng dan penyeri majlisnya mesti la kek hari jadi...

yang kelakarnya, Nur Insyirah tak pandai nak tiup lilin seperti sepupu-sepupu nya yang lain coz masih blur apa itu tiup lilin....memang nak kena ajar selepas ni coz bulan Jun dah tak lama lagi...nati boleh la buat sambutan besday Nur Insyirah....

Selamat Hari Lahir Mak...semoga mak akan dipanjangkan usia, dimurahkan rezki, jauh dari segala penyakit dan dugaan yang buruk...dan semoga mak akan ceria dan gembire di samping anak-anak dan cucu-cucu tersayang....

buat pertama kalinya sambutan besday mak tanpa kehadiran arwah bapak....sekejap sahaja dah 8 bulan arwah bapak meninggalkan kami semua...semoga rohnya di tempatkan di kalangan mereka yang beriman...

No comments: