Terima Kasih Sahabat

14 April 2014

918 : Selamat Bersara..



Selamat Bersara pada Kak Halimah Latiff....tak salah aku sudah hampir 6 tahun kak limah berkhidmat di BPM dan sebagai penjawat awam hampir 35 tahun...dah hampir sebaya umur aku dah....masa aku berumur setahun kak limah dah mula berkhidmat sebagai penjawat awam iaitu pada tahun 1979...


last week hari Jumaat, kami kawan-kawan di pejabat telah membuat satu majlis kecil-kecilan yang istimewa untuk kak limah...yang besar-besaran insya'allah akan diadakan kemudian....


aku ingin ucapkan jutaan terima kasih pada kak halimah kerana banyak memberi teguran, nasihat dan tunjuk ajar sepanjang aku mengenali beliau...banyak tunjuk ajar yang diberikan pada aku terutamanya pasal buat surat atau memo...almaklumla orang lama punye teguran memang wajar diambil perhatian....coz semua teguran dan tunjuk ajar yang diberikan pada aku akan aku ikut dan simpan di dalam kepala untuk digunakan pada kemudian hari kelak...bukan senang nak dapat ilmu dari orang lama gitu...selepas ni kat BPM dah takde orang lama lagi untuk dijadikan rujukan dan panduan...


selepas ini yang pastinya aku akan merindui kak limah...setiap kali nak gi sarapan dan makan tengahari kami akan pergi bersama...selepas ini hilang la sorang kawan makan kami di BPM...akan rindu cara kak limah makan....

semoga kak halimah akan berjaya pada masa akan datang....jangan lupakan aku dan kawan-kawan di BPM ini...semoga kak limah akan berjaya pada masa akan datang...

1 comment:

Syida said...

Bestnya kak limah nak pencen dah...kirim salam pada dia ye kak sariyah...kita ni bertahun lagiiii laa nak pencen:D