Terima Kasih Sahabat

26 May 2014

921 : rindunya....

rindunya dengan blog tapi dengan kekangan kerja dan masa yang terlalu terbatas membuatkan aku 'terpaksa' membiarkan blog ini bersendirian seketika....dah hampir sebulan aku tidak mengupdate...'siannya dia', kata-kata Nur Insyirah hehe...

yang pastinya dari bulan April hingga sekarang kesihatan Nur Insyirah tidak berapa mengizinkan...demam, batuk dan selesema sahaja setiap minggu...memang merisaukan aku dan hubby....dugaan dari Allah...pelbagai klinik swasta dan kerajaan aku terjah...hingga yang terakhir aku dan hubby bawa Nur Insyirah ke Klinik Pakar Kanak-Kanak An Nur di Bangi...kami berjumpa dengan doktor Siti Arbaiyah...memang seorang doktor yang baik dan memberi detail apa masalah kesihatan Nur Insyirah kepada kami...

hampir-hampir Nur Insyirah nak diwarded kerana suspek pneumonia...hari tu (10 Mei 2014) pelbagai pengalaman yang kami bertiga lalui bersama...buat pertama kalinya Nur Insyirah perlu di xray dadanya dan di nab...memang seksa nak memegang budak yang dah trauma dengan klinik dan doktor ni....almaklumla setiap kali gi klinik perlu ambik darah kerana demam dah lebih 3 hari....memang trauma dan takutla Nur Insyirah...tapi nak buat macamne...demi nak sihat aku perlu juga la memberi tangan Nur Insyirah yang kecik molek tu pada nurse....sian anak ibu....

alhamdulilah Nur Insyirah tidak warded namun aku dan hubby perlu memantau tahap kesihatan Nur Insyirah....Nur Insyirah perlu makan ubat antibiotik, anti asthma dan anti rhintis....alhamdulilah kesihatan Nur Insyirah makin ok...cuma aku dah hubby plak yang jatuh sakit minggu ni...memang dugaan dari Allah...kami risau akan berjangkit pada Nur Insyirah coz Nur Insyirah baru je nak baik dari virus yang tersebar di taska dan di sekelililng...memang dugaan dari Allah pada kami sekeluarga...kami menerimanya dengan hati yang redha...yang pastinya aku dan hubby berharap sangat Nur Insyirah akan kembali sihat seperti biasa dan kembali aktif, ceria dan selera makannya kembali...sekarang ni berat Nur Insyirah turun...dahla nak naik punya payah....

moga kesihatan kami sekeluarga akan sihat dan ceria kembali....dan aku juga memohon aku boleh menerima segala dugaan di tempat kerja dengan hati yang redha dan pasrah...yang pastinya aku tak gembira nak pergi kerja sekarang ini...bila nak gi kerja sekarang, yang pastinya hati ini tak suka macam selalu....rasa nak cuti sahaja....entahla dugaan yang perlu aku terima....cepat-cepatla aku dapat naik pangkat hehe....