Terima Kasih Sahabat

11 August 2014

926 : setahun sudah berlalu..



sekejap sahaja waktu berlalu...rasa baru sahaja aku mendapat khabaran yang bapak jatuh di tempat kerja....rasa baru sahaja aku memandang wajahnya....rasa baru sahaja aku berborak dengannya...rasa baru sahaja aku mencium wajahnya untuk kali terakhir...memang masa berlalu dengan pantas tanpa kita sedari....air mata ini masih menitis kerana kerinduaan teramat sangat...


namun memori dan ingatan aku pada tanggal 15 syawal 1434H jam 4.30 pagi masih bermain di fikiran....memori yang tidak akan aku lupakan sehingga bila-bila...aku masih lagi tidak percaya perkhabaran daripada doktor yang mengatakan yang ayah aku tidak dapat diselamatkan....aku rasa masih baru sahaja kenangan itu berlaku...aku harus pasrah dan redha dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan olehNya...

aku perlu tabah menghadapi segalanya....

semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada di kalangan mereka yang beriman....Al Fatihah...

1 comment:

Anonymous said...

Al-fatihah...Semoga arwah ditempatkn dikalangan org2 yg beriman...