Terima Kasih Sahabat

27 October 2014

929 : Zoo Negara...




hari Sabtu yang lalu iaitu semasa Cuti Umum Awal Muharam, hubby sibuk nak bawa Nur Insyirah ke Zoo Negara....aku plak yang malas nak gi coz takut hujan je pastu plan yang jenis mengejut je...almaklum la nak masuk Zoo Negara sekarang ni bukannya murah....perlukan perancangan yang rapi gitu...baru la berbaloi-baloi kan...

tapi nak kenalkan sangat Nur Insyirah dengan lion, tiger, zebra, girafee, elephant dan macam-macam binatang, gagahkan juga la pergi walaupun dalam hati takut hujan je...sekarang ni kan memang musim hujan pada waktu petang....

kami sampai Zoo Negara jam 1.30 petang....semangat sungguh Nur Insyirah nak mengexplore apa itu Zoo Negara....bayaran masuk untuk orang dewasa Warganegara Malaysia adalah RM30 + MyKad...untuk kanak-kanak bawah 3 tahun adalah percuma...kalu nak masuk tengok panda perlu tambah RM20...kitorang amik tiket yang explore Zoo sahaja...


bersemangat aku melihat Nur Insyirah melihat binatang-binatang yang ada...teruja sesungguh Nur Insyirah...berjalan sakan sungguh...tengok girafee, lion, tiger, elephant...sampai dah separuh mengexplore Zoo Negara, Nur Insyirah dah pancit...dah tak larat nak berjalan...termasuk ibu dan ayah ye juga dah pancit huhu...rasa luas sangat Zoo Negara ini...


apa lagi bila dah penat mula la Nur Insyirah buat perangai....masuk kedai gift segala benda yang ada dalam kedai tu dia nak...nak bear, nak topi dan yang tak puas nak frame gambar yang kecik tapi harga nya memang tak munasabah...Nur Insyirah berimaginasi yang frame gambar tu adalah handphone...sabar jelah kan....apa lagi aku gi tukar frame gambar tu dengan beg panda...rasa tak puas ati sungguh la harga dia tu...tak reasonable sungguh....


memang satu pengalaman yang menarik apabila berjalan dengan anak ke Zoo Negara...selama ini hanya nampak binatang-binatang di dalam tv, gambar dan komputer je, kali ini bila nampak di depan mata, memang teruja sesangat Nur Insyirah...walalupun penat berjalan tapi puas ati dapat mengajar Nur Insyirah dunia binatang...alhamdulilah....

3 jam berjalan di dalam Zoo dengan melayan karenah Nur Insyirah memang mengujakan dan memberi pengalaman yang baru bagi Nur Insyirah...memang seronok sangat bila lihat Nur Insyirah boleh kenal binatang-binantang yang selalu disebut walaupun sebelum ini hanya dilihat di dalam gambar atau tv....banyak juga la pict dan video yang aku amik...lepas ni boleh la Nur Insyirah melihat pict dan video tersebut...

keluar je dari Zoo memang hujan selebat-lebatnya...memang rezki Nur Insyirah nak ke Zoo...pasni nak bawa Nur Insyirah gi jalan-jalan tempat lain plak...insya'allah...

No comments: