Terima Kasih Sahabat

10 April 2017

936 : alhamdulilah...

alhamdulilah...bersyukur pada Mu Ya Allah...aku sujud syukur pada Mu...

pagi ini aku terima berita gembira...syukur sangat...ingatkan lama lagi nak terima berita gembire ini..tapi tak sangka dalam masa terdekat ini...alhamdulilah...

06 April 2017

935 : terima seadanya..

keredhaan amat perlu dalam hidup ini...jika tidak redha dengan apa yang berlaku akan membuatkan hidup ini bercelaru, serba tak kena, serabut dan pelbagai lagi...

namun aku tertanya-tanya juga sehingga bila aku perlu redha dengan apa yang berlaku ini tanpa mengeluh dan menyesal...

aku berperang dengan diri sendiri sekarang ini...hanya padaMu aku memohon kebenaran, petunjuk dan hidayah untuk membuat keputusan yang terbaik dalam hidup ini...


05 April 2017

934 : perubahan..

perubahan memang perlu dalam kehidupan...namun semua perubahan itu perlu dilakukan dengan fikiran yang waras...jangan buat perubahan dalam keadaan fikiran yang bercelaru...takut keputusan yang dilakukan itu akan memburukkan keadaan...namun terpulang pada diri masing-masing...

adakah aku juga perlu melakukan perubahan dalam masa terdekat ini??

22 March 2017

933 : rindunye...



rindunye nak menulis di blog kesayangan ini...aku tidak tahu kenapa pagi-pagi ini aku menjenguk kembali blog yang dah lama aku tinggalkan...hampir 2 tahun aku tidak menulis di sini...aku tidak aku mimpi apa malam tadi...tapi yang pasti memang aku rindu dengan blog ini...dari tahun 2007 aku mula menulis blog...hampir 10 tahun usia blog ini tanpa sedar...

aku nak sangat menulis segala apa yang berlaku sebagai kenangan akan datang...namun tidak berkesempatan...maybe kesibukan di tempat kerja dan family...tapi yang pasti aku terlalu untuk menulis...aku nak meluahkan segala apa yang aku rasa...tapi aku tidak pasti adakah aku mampu untuk bergiat aktif seperti dahulu...aku takut kekeringan idea je...

adakah aku mampu untuk menulis kembali??itu adalah satu persoalan yang berlegar-legar di fikiran ini...aku takut aku tidak bole nak commit seperti dahulu dengan kesibukan kerja sekarang ini...bila balik rumah aku sibuk dengan anak-anak dan family pula...

aku lihat kawan-kawan blog lain pun lama dah tidak menulis juga....aku rindu nak baca blog kalian...masing-masing aku lihat hanya banyak bergerak aktif di IG, FB dan twitter saje...maybe kat situ lagi mudah...simple dan pantas je...tanpa perlu memerah idea untuk menulis yang panjang-panjang...hanya letak picture lepas tu letak caption...

insya'allah aku akan cuba untuk menulis kembali...namun aku tidak berani berjanji apa-apa kat diri sendiri..takut tidak boleh nak commit...